Industri semikonduktor adalah merupakan teras kepada teknologi utama dalam mana-mana sektor pembuatan di seluruh dunia. Peranti semikonduktor adalah komponen yang penting dalam litar elektronik, terutamanya yang dihasilkan daripada bahan silikon.
Kelebihan semikonduktor sebenarnya bergantung kepada kebolehan peranti tersebut untuk menghidupkan dan mematikan litar elektronik mengikut kehendak reka bentuk jurutera elektronik selain saiznya semakin kecil dan aliran arus elektrik semakin baik seiring dengan perkembangan teknologi semasa. Maka tidak hairanlah ianya berada di sekeliling kita seperti telefon pintar, komputer dan lampu LED.
Keperluan kepada komunikasi tanpa wayar adalah segmen pengguna terakhir yang terbesar untuk produk semikonduktor.

Pertumbuhan segmen ini dijangka berterusan berikutan peningkatan kadar penembusan telefon pintar di seluruh pelusuk dunia dan perbelanjaan infrastruktur sebagai persediaan untuk penyediaan rangkaian 5G. Sebagai contoh, Celcom bersedia untuk memperkenalkan teknologi 5G kepada umum sekiranya mendapat kelulusan spektrum daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Industri Semikonduktor Di Malaysia
Kebiasaannya syarikat yang beroperasi dalam industri semikonduktor dalam negara kita tergolong dalam salah satu kumpulan berikut:
1. Sure Play Foundries: Ini adalah syarikat yang tidak mempunyai kemampuan untuk reka bentuk kerana hanya menumpukan kepada fabrikasi dan pengujian produk semikonduktor.
2. Fabless: Syarikat Fabless hanya terlibat dalam reka bentuk dan penjualan produk semikonduktor. Proses fabrikasi menggunakan sumber luar.
3. Integrated Device Manufacturers: IDM atau Pengilang Peranti Bersepadu adalah syarikat yang merancang, menghasilkan dan menjual produk semikonduktor.
Pendekatan mesra pelaburan oleh kerajaan Malaysia menjadikan negara kita sentiasa menjadi destinasi pilihan utama pelabur asing, terutama dalam sektor pembuatan dan perkilangan. Dengan pengenalan zon perindustrian bebas Bayan Lepas, National Semiconductor merupakan syarikat asing yang pertama bertapak di Malaysia untuk sektor semikonduktor pada tahun 1972, sebelum disusuli oleh syarikat besar yang lain seperti Intel, Advanced Micro Devices, Texas Instruments, Hitachi dan Motorola.

Nama Malaysia tidak lagi asing di peringkat antarabangsa dalam sektor ini kerana memiliki kepakaran berkemahiran tinggi yang mampu menyokong pembangunan industri semikonduktor dunia. Bahkan cip baharu model Xbox Series X merupakan produk ‘Made in Malaysia’!
Dalam industri elektrik dan elektronik (E&E) di Malaysia, ekosistem semikonduktor mempunyai permintaan dan aplikasi kritikal merentasi industri yang lain, termasuk pertumbuhan baharu dalam peralatan telekomunikasi dan perubatan, serta teknologi perindustrian dan sistem elektronik.
Prospek pelaburan dalam industri semikonduktor amatlah berpotensi memandangkan tawaran nilainya.Anggaran yang diterbitkan oleh Gartner dan Statista meramalkan pendapatan penjualan semikonduktor meningkat pada kadar CAGR 6.17% dan mencecah $USD 503 bilion pada tahun 2020.
Syarikat-syarikat seperti Inari Amerton, Unisem, Carsem dan Aemulus adalah di antara syarikat tersenarai di Bursa Malaysia yang tergolong di dalam sektor ini. Pasca Covid-19, sektor ini dijangka menerima lantunan jualan semikonduktor di peringkat antarabangsa.
Namun begitu, pelabur harus berhati-hati apabila perang perdagangan dan penularan COVID-19 telah pun mengehadkan jualan sektor ini.
Sektor semikonduktor ini amat berkait rapat dengan indeks pengurus belian (PMI) pembuatan global. Indeks tersebut telah menjunam jatuh ke paras terendah sejak Mei 2019 kepada 47.2 pada bulan Februari 2020, apabila perdagangan antarabangsa mula-mula terganggu oleh penularan Covid-19.
Selain itu juga, penurunan PMI pembuatan China ke paras terendah dalam tempoh 16 tahun turut mengundang kebimbangan kepada permintaan luar Malaysia, memandangkan negara itu adalah salah satu rakan dagang utama.

China merangkumi 32.8% eksport keseluruhan dunia pada tahun 2018, juga pengimport terbesar dunia pada kadar 16.3%.
Korea Selatan, gergasi semikonduktor global yang merupakan eksport utama negara tersebut jatuh 3.4 peratus berbanding tahun lepas 2019. Penularan Covid-19 pada awal tahun ini telah menjejaskan pertumbuhan ekonomi China dan dunia sekali gus memberi kesan terhadap permintaan barangan Korea juga.
Sektor semikonduktor di negara kita juga pasti terkesan, sebagai contoh berita The American Malaysian Chamber of Commerce (AMCHAM) yang telah menjalankan Kajian Impak Perniagaan COVID-19 dan PKP komprehensif pada bulan Mei 2020 untuk lebih memahami bagaimana pandemik itu dan tindak balas dasar kerajaan telah mempengaruhi aktiviti perniagaan dan rancangan pelaburan ahli-ahlinya.
Harus diteliti impak ini kerana keahlian AMCHAM terdiri daripada 280 syarikat ternama Amerika Syarikat, Malaysia dan juga negara negara lain. Sebanyak 114 syarikat telah mengambil bahagian dalam tinjauan tersebut dan hampir separuh daripada responden adalah berasaskan kepada industri elektrik dan elektronik dan semikonduktor.
Di antara contoh kaunter untuk sektor semikonduktor adalah Inari Amerton. Inari Amerton adalah salah sebuah syarikat semikonduktor terbesar di rantau Asia Tenggara.

Berdasarkan laporan kewangan syarikat bagi tahun 2019, syarikat ini mencatatkan pendapatan sebanyak RM1.152 bilion, menurun berbanding tahun 2018 sebanyak RM1.376 bilion dan tahun 2017 sebanyak RM1.176 bilion. Nilai saham Inari Amertron juga meningkat saban tahun.

Sumber :
Syarikat ini juga baru sahaja melengkapkan pembinaan kilang mereka di Pulau Pinang, selain memiliki kilang di Johor dan Filipina. Kajian fundamental seperti ini adalah kunci untuk melihat kestabilan sesebuah syarikat.
Berdasarkan maklumat yang kita ketahui, jelaslah bahawa industri semikonduktor merupakan antara industri progresif terpenting yang dunia perlukan hari ini dan tidak seharusnya kita abaikan sektor semikonduktor dalam menjana keuntungan pelaburan di Bursa Malaysia.
Antara syarikat semikonduktor terkemuka di Amerika Syarikat pula termasuklah Intel, Qualcomm, Nvidia, AMD, Micron Technology, Broadcom, Texas Instruments, dan lain-lain.
Sektor semikonduktor di Amerika Syarikat telah berkembang pesat dalam beberapa tahun terakhir, dengan pertumbuhan yang disokong oleh permintaan yang kuat untuk peranti elektronik seperti telefon pintar, tablet, komputer riba, dan lain-lain. Permintaan yang kuat ini telah memberikan kesan positif kepada hasil kewangan syarikat semikonduktor, termasuk kenaikan pendapatan dan keuntungan.
Namun, sektor semikonduktor juga mempunyai cabaran yang perlu ditangani, termasuk masalah gangguan bekalan semikonduktor, yang telah memberikan kesan negatif kepada beberapa syarikat. Kenaikan kos bahan mentah, kos pengangkutan, dan kos tenaga juga boleh memberikan kesan negatif kepada hasil kewangan syarikat semikonduktor.
Walau bagaimanapun, secara keseluruhan, pasaran saham semikonduktor di Amerika Syarikat terus menunjukkan pertumbuhan yang positif dan mempunyai prospek yang cerah untuk masa depan
Nak Kejar Saham Wall Street Yang Bakal Naik?

Baru mula melabur dalam pasaran US?
Tak tahu nak pilih saham yang baik di pasaran US?
Selalu terlepas beli saham yang dah meroket?
Kami tahu kebanyakan buku-buku saham global yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…
Jangan risau…
Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang senang faham dalam Bahasa Melayu.
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
1. Apa Itu Leader & Laggard
2. Mengapa Perlu Mengenal Pasti Leader & Laggard
3. Cara Mengenal Pasti Kaunter Leader & Laggard
4. Contoh Perbandingan Leader & Laggard Saham Wall Street
5. Senarai 10 Sektor Saham di Wall Street
6. 100 Contoh Saham Leader & Laggard Wall Street
Bila dah ada ilmu tentang Leader & Laggard, kita dah tak perlu pening nak kejar saham.
E-book ini sangat sesuai bagi yang serius nak buat duit USD melalui pasaran saham Wall Street.
Dapatkannya eBook Leaders and Laggards Wall Street sekarang -> https://thekapital.my/leaderslaggards-wallstreet



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)