fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 24, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Eksport Getah Meningkat 17.6 Peratus Pada Julai

in Berita
A A
Nilai Jualan Perdagangan Borong Dan Runcit Malaysia Terus Pulih Pada Julai 2020

Sumber Gambar : Bernama

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) — Eksport getah asli Malaysia meningkat 17.6 peratus pada Julai 2020 kepada 45,386 tan berbanding 38,587 tan pada Jun 2020, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Destinasi utama eksport getah asli adalah China iaitu 58.9 peratus daripada jumlah eksport pada Julai 2020 diikuti Jerman (6.0 peratus), Finland (5.1 peratus), Iran (3.9 peratus) dan Taiwan (3.0 peratus).

Sarung tangan getah merupakan item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata ketua perangkawan Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata stok getah asli turut mencatatkan penurunan pada Julai 2020 sebanyak 7.4 peratus kepada 235,119 tan metrik berbanding 253,994 tan metrik pada Jun 2020.

Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 24.7 peratus pada Julai 2020 kepada 41,801 tan metrik berbanding 33,531 tan metrik bulan sebelumnya manakala perbandingan antara tahun ke tahun pula menunjukkan penurunan sebanyak 30.4 peratus daripdaa bulan yang sama tahun sebelumnya.

“Harga purata bagi Lateks Pekat merekodkan penurunan kepada 467.20 sen sekilogram berbanding Jun 2020 (479.90 sen sekilogram). Sebaliknya, Getah Mutu Malaysia 20 menambah kepada 497.86 sen sekg daripada 484.33 sen sekg bagi tempoh yang sama,” kata beliau.

Jabatan Perangkaan Malaysia turut melaporkan bahawa penggunaan getah asli di peringkat domestik pada Julai 2020 ialah 46,844 tan metrik, meningkat 5.8 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Industri pembuatan sarung tangan getah merupakan industri utama dengan penggunaan sebanyak 36,024 tan metrik atau 76.9 peratus daripada jumlah keseluruhan penggunaan domestik, katanya.

— BERNAMA

Share205ShareSend

Related Posts

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

5 months ago
CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II
Berita

CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In