• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia meningkat pada Isnin sejajar dengan prestasi pasaran saham Asia dan Amerika Syarikat, sebahagiannya disokong oleh sentimen risiko berikutan harapan baharu terhadap vaksin COVID-19 dan permintaan yang berterusan terhadap kaunter berkaitan sarung tangan.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup tinggi 6.51 mata kepada 1,511.36 daripada 1,504.85 semasa ditutup pada Jumaat.

Indeks utama dibuka tinggi 8.58 mata kepada 1,513.43 dan berada antara 1,506.41 dan 1,515.66 sepanjang hari.

Dalam pasaran secara menyeluruh, suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 732 berbanding 300, manakala 453 kaunter tidak berubah, 588 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan naik kepada 9.57 bilion saham bernilai RM6.46 bilion daripada 7.68 bilion saham bernilai RM6.49 bilion pada Jumaat lepas.

Dilaporkan bahawa AstraZeneca telah menyambung semula percubaan vaksin COVID-19 fasa tiga walaupun sentimen masih berhati-hati. 

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata komponen FBM KLCI, Top Glove dan Hartalega menerajui peningkatan di Bursa Malaysia, masing-masing meningkat 10.6 peratus dan 4.5 peratus.

“Oleh itu, Indeks Penjagaan Kesihatan Bursa melonjak sebanyak 15.6 peratus, menjadikannya pemenang terbesar dalam kalangan sektor, walaupun terdapat berita positif mengenai vaksin tersebut.

“Kami berpendapat pelabur optimis mengenai keputusan Top Glove yang akan datang, yang akan dikeluarkan pada Khamis ini,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, dilaporkan pembekal peralatan perlindungan diri (PPE) dari New Zealand telah menghentikan pengimportan sarung tangan pakai buang berkaitan dengan Top Glove, yang boleh memberi kesan kepada harga saham Top Glove. 

Ebos, pembekal PPE dan perubatan yang terbesar kepada pasaran penjagaan kesihatan di New Zealand, telah menghentikan pengimportan untuk jenama sarung tangan pakai buang, selepas berita daripada Newsroom menunjukkan kaitan dengan Top Glove, pengeluar sarung tangan Malaysia didakwa menggunakan khidmat buruh paksa.

Bagi sepanjang minggu ini, pelabur akan terus menunggu mesyuarat dasar Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS pada Rabu berkaitan jangkaan kadar faedah AS, selain mesyuarat bank pusat lain seperti United Kingdom dan Jepun.

Saham wajaran tinggi, Top Glove dan Hartalega, masing-masing meningkat 82 sen dan 56 sen kepada RM8.58 dan RM13.

TM menambah 15 sen kepada RM4.21, MISC naik tujuh sen kepada RM7.62 dan Petronas Gas meningkat 14 sen kepada RM16.68.

Kaunter sarung tangan/penjagaan kesihatan lain turut berada pada aliran meningkat, dengan Supermax melonjak RM1.50 kepada RM9.00, Careplus naik 75 sen kepada RM3.26, Comfort Gloves meningkat 70 sen kepada RM4.37, Adventa menambah 65 sen kepada RM2.84 dan Kossan naik 42 sen kepada RM11.10.

Daripada saham cergas, Parkson menokok 9.5 sen kepada 19 sen, Kanger International menambah 4.5 sen kepada 30.5 sen, Borneo Oil tidak berubah pada lima sen, dan Ekovest meningkat 10.5 sen kepada 60.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 121 mata kepada 10,872.48 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 236.29 mata kepada 12,878.83.

FBM 70 melonjak 382.70 mata kepada 14,055.09, Indeks FBMT 100 menambah 107.65 mata kepada 10,681.19 dan FBM ACE meningkat 583.49 mata kepada 11,059.36.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 103.64 mata kepada 12,561.81, Indeks Perladangan menambah 27.18 mata kepada 7,035.06, manakala Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 1.30 mata kepada 136.64.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 5.53 bilion saham bernilai RM4.79 bilion daripada 3.86 bilion saham bernilai RM5.01 bilion pada Jumaat lepas.

Jumlah dagangan waran, bagaimanapun, merosot kepada 1.06 bilion unit bernilai RM334.46 juta daripada 1.09 bilion unit bernilai RM319.67 juta. 

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 2.98 bilion saham bernilai RM1.34 bilion daripada 2.73 bilion saham bernilai RM1.15 bilion sebelum ini.

Barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 1.81 bilion saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (1.55 bilion), pembinaan (548.98 juta), teknologi (373.43 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (42.14 juta), hartanah (329.54 juta), perladangan (56.79 juta), REIT (13.04 juta), dana tertutup (13,100), tenaga (399.55 juta), penjagaan kesihatan (281.50 juta), telekomunikasi dan media (32.51 juta), pengangkutan dan logistik (75.96 juta), dan utiliti (13.60 juta).

— BERNAMA 

Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In