• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Maxis Guna Google Cloud Lonjakkan Analisis Data Perniagaan

in Catalyst
A A
Maxis Lancar Kempen Transformasi Semula

Kredit Gambar : Website Maxis

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) — Maxis menjalin kerjasama dengan Google Cloud bagi mengintegrasikan analisis data ke dalam setiap aspek perniagaannya merangkumi pengguna hingga perusahaan, rangkaian, saluran runcit dan pekerja bagi menyuntik pengalaman peribadi tersendiri untuk pelanggan.

Ketua Pegawai Teknologi dan Maklumatnya, Morten Bangsgaard berkata program transformasi analisis digital syarikat itu memerlukan peralihan 100 peratus kepintaran perniagaannya, analisis data dan pembelajaran mesin (ML) di premis kepada pengkomputeran awan bagi memberi pandangan tepat masanya serta selamat.

“Ini menjadikan Maxis sebagai salah satu syarikat pertama di rantau Asia Tenggara yang meraih pencapaian ini. Pada masa sama, Maxis juga telah mewujudkan Pusat Kecemerlangan Data Raya dan Analisis Lanjutan serta Kecerdasan Buatan (AI) dengan para saintis data yang mahir serta program-program komitmen berkaitan.

“Transformasi kami adalah inisiatif yang didorong secara menyeluruh dan diterima oleh semua pekerja syarikat, sejajar dengan minda pelanggan pertama dan impian kami untuk menjadi peneraju syarikat penyelesaian bersepadu di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Usaha yang dimulakan dengan rakan pilihan awan bagi Analisis Data organisasi menyaksikan Maxis memanfaatkan inovasi AI/MLterkini dan terbaik Google Cloud serta sejumlah besar penyelesaian teknologi Google Cloud.

Platform awan berskala ini menyediakan pendekatan menjimatkan untuk pengembangan masa depan bagi menyokong keperluan perniagaan Maxis yang kian meningkat, terutamanya dalam menguruskan lonjakan data dengan lebih pantas.

Sementara itu, Pengarah Urusan Google Cloud Rick Harshman menyifatkan kerjasama itu akan menyaksikan Maxis mengubah silo data dan meraih wawasan perniagaan kritikal yang dapat memenuhi matlamat perniagaan serta memacu inovasi di semua peringkat organisasi.

“Malah, perniagaan perlu membuat keputusan berdasarkan data secara masa nyata untuk meningkatkan perkhidmatan pelanggan, mempercepatkan masa pemasaran dan melonjakkan kelebihan daya saing mereka,” katanya.

Selain itu, Google Cloud dan Maxis akan turut bekerjasama melancarkan program pengembangan kerjaya yang disusun khusus untuk membina pengetahuan teknikal dan kepakaran dalaman selain meningkatkan jumlah jurutera data bertauliah Google dalam organisasi.

— BERNAMA

Share247ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

7 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

7 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

7 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In