• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Malaysia Memiliki Peratusan Tertinggi Pengguna Digital Di Asia Tenggara

in Berita
A A
Malaysia Memiliki Peratusan Tertinggi Pengguna Digital Di Asia Tenggara

Sumber Gambar : Berita Harian SG

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) — Malaysia bergerak seiring dengan transformasi digital Asia Tenggara apabila merekodkan peratusan pengguna digital tertinggi sebanyak 83 peratus daripada penduduknya  (berusia 15 tahun ke atas) berdasarkan kepada kaji selidik bertajuk “Digital Consumers of Tomorrow, Here Today” yang dijalankan oleh Facebook dan Bain & Company.

Menurut kaji selidik itu, hampir 70 peratus daripada pengguna Asia Tenggara akan melaksanakan penggunaan digital menjelang akhir tahun dan pertumbuhan pengguna digital rantau itu dijangka mencecah kira-kira 310 juta pada akhir 2020, dengan berjuta-juta lagi dijangka menyertainya pada tahun-tahun akan datang.

Bain & Company, dalam satu kenyataan berkata pertumbuhan ini pada asalnya diunjurkan bagi 2025 dalam kajian Riding the Digital Wave pada 2019, menunjukkan peningkatan bagi tempoh lima tahun pada tahun 2020 sahaja. 

Pengguna Malaysia bukan sahaja lebih banyak berbelanja dalam talian pada 2019 mereka juga membeli lebih banyak kategori dalam talian dan rakyat Malaysia membeli purata lima kategori pada 2020 berbanding 3.8 kategori pada 2019.

“Barangan runcit dalam talian Malaysia merekodkan pertumbuhan tertinggi  (2.2x) dalam penembusan runcit dalam talian pada 2020 sejak 2018,” kata kenyataan itu.

Pengarah Urusan Negara Facebook Malaysia Nicole Tan berkata impak penggunaan digital ke atas perniagaan sangat ketara dengan lima tahun pecutan digital disingkatkan dalam satu tahun dan kami menjangkakan kira-kira empat juta pengguna digital baharu di Malaysia pada 2020. 

“Dalam talian tidak lagi menjadi hanya satu daripada banyak saluran, bagi banyak perniagaan, ia  telah menjadi saluran utama mereka. Penting bagi perniagaan untuk berhubung dengan pengguna dengan cara yang mudah dan melakukan interaksi menerusi platform sosial, pemesejan dan video pendek sebanyak mungkin bagi menarik pelanggan,” katanya.

Berdasarkan laporan itu, dengan peralihan pantas pengguna digital daripada luar talian kepada dalam talian, ditambah dengan evolusi tabiat penggunaan-rumah, lebih banyak jenama telah mengalihkan model perniagaan mereka melangkaui pilihan “omni-channel” untuk menarik pengguna di mana sahaja mereka berada. 

Sementara itu, rakan kongsi Bain & Company, Gwendolyn Lim berkata bilangan pengguna digital Asia Tenggara meningkat dengan ketara dan tabiat penggunaan mereka membentuk norma baharu dan pada masa depan perbelanjaan dalam talian dijangka meningkat tiga kali ganda menjelang 2025 dan mencecah hampir US$150 bilion.

Kaji selidik itu mengkaji kira-kira 16,500 pengguna digital dan mendapatkan pandangan daripada temu bual dengan lebih 20 ketua pegawai pengalaman atau CXO (eksekutif yang bertanggungjawab bagi keseluruhan pengalaman produk dan perkhidmatan sesebuah organisasi) di enam negara di Asia Tenggara Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

— BERNAMA

Share256ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

6 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

8 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

8 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In