• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, November 7, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Keputusan BNM Kekalkan OPR Pada 1.75 Peratus Dilihat Sebagai ‘Rehatkan Sementara Penurunan Kadar’ — Maybank IB

in Berita
A A
Keputusan BNM Kekalkan OPR Pada 1.75 Peratus Dilihat Sebagai ‘Rehatkan Sementara Penurunan Kadar’ — Maybank IB

Sumber Gambar : Wikimedia Calvin Teo

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) — Keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 1.75 peratus dilihat sebagai langkah ‘merehatkan sementara penurunan kadar’.

Maybank Investment Bank Research (Maybank IB Research) berkata keputusan itu menyokong unjuaran asas pemulihan pada 2021, dan mencerminkan petanda kemelesetan telah sampai ke tahap paling buruknya pada suku kedua (April) dengan prospek kemelesetan yang menurun pada suku ketiga tahun ini.  

“Selain itu, keadaan pasaran telah bertambah baik manakala keadaan monetari dan kewangan telah mereda. Pasaran saham, pasaran bon dan ringgit berbanding dolar AS bertambah baik daripada keadaan pada Mac,” kata firma penyelidikan itu dalam satu nota hari ini. 

Maybank IB Research berkata langkah itu sejajar dengan bank pusat serantau lain seperti Bank Indonesia dan Bangko Sentral ng Pilipinas (BSP) yang juga mengekalkan kadar faedahnya tidak berubah selepas penurunan lebih 100 mata asas setakat ini.

“Kami menjangka OPR kekal pada 1.75 peratus sehingga akhir 2021,” kata firma penyelidikan itu.

Sementara itu, OCBC Bank menyatakan BNM tidak dijangka menurunkan lagi OPR melainkan prospek menjadi semakin suram.

“Jika keadaan berjalan lancar seperti yang dijangkakan pada bulan-bulan akan datang, ia (BNM) dijangka mengekalkan OPR pada 1.75 peratus dalam mesyuarat MPC yang seterusnya dan yang terakhir pada November depan,” kata bank itu. 

Menurut bank itu, walaupun kenyataan MPC membayangkan kewaspadaan terhadap pemulihan ekonomi – memandangkan peningkatan yang tidak ketara dan risiko menurun masih wujud – terdapat petanda momentum pemulihan bagi menjamin keputusan yang diambil BNM itu. 

— BERNAMA

Share212ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

5 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

7 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

7 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In