fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Jualan Sektor Pembuatan Meningkat 1.9 Peratus Pada Julai

in Berita
A A
Jualan Sektor Pembuatan Meningkat 1.9 Peratus Pada Julai

Sumber Gambar : Ilmia.gov.my

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) — Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia pada bulan Julai 2020 meningkat sebanyak 1.9 peratus kepada RM119.3 bilion berbanding tahun sebelumnya, demikian menurut Jabatan Perangkaan dalam kenyataan hari ini.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata dari segi asas bulan ke bulan, nilai jualan berkenaan meningkat sebanyak 2.1 peratus.

Menurutnya, pertumbuhan tahun ke tahun itu didorong oleh peningkatan dalam produk makanan, minuman dan tembakau (24.9 peratus) produk kelengkapan pengangkutan dan pembuatan lain (14.3 peratus) dan produk peralatan elektrik dan elektronik (8.4 peratus).

Selain itu, subsektor yang mendorong pertumbuhan bulan ke bulan adalah produk kelengkapan pengangkutan dan pembuatan lain (11.8 peratus), produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka (8.0 peratus serta produk peralatan elektrik dan elektronik (3.9 peratus).

“Jumlah pekerja sektor pembuatan pada Julai 2020 adalah seramai 2,192,260 orang iaitu berkurangan 2.4 peratus berbanding 2,246,595 orang pada Julai 2019,” katanya.

Dalam pada itu, bayaran gaji dan upah pula berjumlah RM7,090.9 juta, merosot sebanyak 3.2 peratus atau RM236.7 juta pada Julai 2020 berbanding tempoh sama pada 2019.

Nilai jualan bagi setiap pekerja meningkat sebanyak 4.5 peratus kepada RM54,403 berbanding bulan sama tahun lepas manakaka purata gaji dan upah setiap pekerja adalah sebanyak RM3,235 pada Julai 2020.

— BERNAMA

Share207ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

7 days ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

2 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In