fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Melantun, Akhiri Penyusutan Dua Hari

Pengenaan Tarif AS Seret Turun Bursa Malaysia Ketika Dibuka

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari ini, sebahagian besarnya didorong oleh Top Glove dan Hartalega berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah dalam kaunter itu selepas jualan besar-besaran baru-baru ini.

Secara menyeluruh, kaunter sarung tangan tahap kedua turut kembali dan menaikkan Indeks Penjagaan Kesihatan sebanyak 220.33 mata kepada 3,365.53.

Pada 12.30 tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.55 mata, atau 0.31 peratus kepada 1,494.67 daripada 1,490.12 semasa ditutup pada Khamis.

Indeks utama dibuka rendah 3.89 mata kepada 1,486.23 dan berada antara 1,477.47 dan 1,499.11 sepanjang sesi pagi.

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 559 berbanding 395, manakala 630 kaunter tidak berubah, 462 tidak diniagakan dan 33 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 4.80 bilion saham bernilai RM3.86 bilion.

Dalam kalangan 30 kaunter berkaitan FBM KLCI, hanya tiga pulih semula, iaitu Top Glove yang melonjak RM1.11 kepada RM7.56, Hartalega menambah 62 sen kepada RM12.50 dan IOI Corp menokok dua sen kepada RM4.50.

Dua saham mewah, iaitu Genting Malaysia dan Petronas Gas, masing-masing diniagakan tidak berubah pada RM2.23 dan RM16.54, manakala baki 25 kaunter rendah.

Kaunter sarung tangan getah kembali menjadi perhatian pelabur selepas merosot baru-baru ini, dengan senarai kaunter paling untung, sekali lagi, didominasi oleh saham sarung tangan getah, terutamanya waran Supermax.

Selain daripada Top Glove dan Hartalega, kaunter sarung tangan yang mencatatkan kenaikan termasuklah Supermax yang melonjak RM1.15 kepada RM7.25.

 Rubberex menambah 90 sen kepada RM5.20, Kossan naik 74 sen kepada RM10.44, Comfort meningkat 39 sen kepada RM3.62 dan Careplus menokok 36 sen kepada RM2.38.

Daripada saham cergas, XOX meningkat 1.5 sen kepada 20 sen, Macpie naik 2.5 sen kepada 34.5 sen, Kanger International menambah lima sen kepada 26 sen, manakala Sapura Energy dan Borneo Oil, masing-masing tidak berubah pada 10.5 sen dan lima sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 71.23 mata kepada 10,680.16 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 171.14 mata kepada 12,543.97.

FBM 70 naik 221.20 mata kepada 13,592.44, Indeks FBMT 100 meningkat 66.39 mata kepada 10,504.43 dan FBM ACE melonjak 411.81 mata kepada 10,109.32.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 102.96 mata kepada 12,598.22, Indeks Perladangan merosot 20.19 mata kepada 7,100.91 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan turun 0.48 mata kepada 134.36.

— BERNAMA

Share224ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Melantun, Akhiri Penyusutan Dua Hari

3 days ago
Pengenaan Tarif AS Seret Turun Bursa Malaysia Ketika Dibuka
Market Update

Pengenaan Tarif AS Seret Turun Bursa Malaysia Ketika Dibuka

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 week ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In