fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan penurunan semalam untuk dibuka negatif hari ini, berikutan petunjuk pasaran saham Amerika Syarikat yang ditutup rendah pada Khamis selepas sesi yang turun naik.

Bagaimanapun, kaunter sarung tangan getah meningkat semula dengan muncul sebagai kaunter paling untung secara menyeluruh. 

Pada 9.48 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.26 mata kepada 1,489.86 daripada 1,490.12 semasa ditutup pada Khamis.

Indeks utama dibuka rendah 3.89 mata kepada 1,486.23.

Daripada saham wajaran tinggi, Maybank merosot 13 sen kepada RM7.37, Tenaga susut 24 sen kepada RM11.26 dan Petronas Chemicals berkurangan 12 sen kepada RM5.60.

Sementara itu, Top Glove dan Hartalega, masing-masing mencatatkan peningkatan semula, naik 61 sen kepada RM7.06 dan meningkat 30 sen kepada RM12.18.

Daripada senarai kaunter paling untung, selain daripada Top Glove dan Hartalega, Supermax melonjak 80 sen kepada RM6.90, Rubberex naik 75 sen kepada RM5.05, Careplus menambah 29 sen kepada RM2.31, Kossan meningkat 22 sen kepada RM9.92 manakala Comfort Glove menokok 24 sen kepada RM3.47.

Dalam nota hari ini, Rakuten Trade Sdn Bhd berkata saham sarung tangan, yang menyaksikan tekanan jualan yang meningkat akhir-akhir ini, dijangka menyaksikan pemulihan teknikal. 

Saham paling cergas termasuklah XOX, yang naik satu sen kepada 19.5 sen, manakala Pegasus Heights dan Sapura Energy, masing-masing meningkat setengah sen kepada tiga sen dan 11 sen, Permaju menambah 1.5 sen kepada 32.5 sen manakala Asian Pac tidak berubah pada 12.5 sen.

Senarai kaunter paling rugi didahului oleh Panamy, yang merosot 50 sen kepada RM28.30, manakala Petronas Dagangan susut 36 sen kepada RM20.42 dan MPI berkurangan 16 sen kepada RM16.42.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 13.95 mata kepada 10,622.88 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 68.49 mata kepada 12,441.32.

FBM 70 menambah 98.09 mata kepada 13,469.33, Indeks FBMT 100 naik 17.43 mata kepada 10,455.46 dan FBM ACE melonjak 334.74 mata kepada 10,032.25.

Mengikut sektor, Indeks Penjagaan Kesihatan naik 108.22 mata kepada 3,253.42, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 96.72 mata kepada 12,604.45.13 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.72 mata kepada 134.12.

Indeks Perladangan naik 7.12 mata kepada 7,029.22.

— BERNAMA

Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

20 hours ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Market Update

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

2 days ago
Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan
Catalyst

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In