• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, November 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Ditutup Tinggi Meningkat Hampir 1 Peratus

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia melabuhkan tirai minggu ini dengan ditutup tinggi hari ini melantun semula hampir satu peratus disokong oleh aktiviti belian saham berharga rendah dalam kaunter Top Glove dan Hartalega yang turun awal minggu ini berikutan pengambilan untung. 

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 14.73 mata atau 0.99 peratus kepada 1,504.85 daripada paras penutup 1,490.12 pada Khamis.

Indeks utama itu dibuka 3.89 mata lebih rendah kepada 1,486.23 dan bergerak antara paras 1,477.47 dan 1,505.89 sepanjang hari dagangan.  

Dalam kalangan 30 kaunter FBM KLCI, hanya Top Glove dan Hartalega yang mencatatkan peningkatan, masing-masing melonjak RM1.31 kepada RM7.76 dan 56 sen kepada RM12.44.

Bagi baki 28 kaunter wajaran tinggi, enam tidak berubah manakala 22 mencatatkan penurunan termasuk Maybank yang susut lima sen kepada RM7.45, Tenaga turun lapan sen kepada RM11.42 dan Public Bank jatuh 10 sen kepada RM16.08.

Selain daripada Top Glove dan Hartalega, kaunter sarung tangan lain juga mencatatkan peningkatan menguasai senarai kaunter untung utama. 

Kaunter-kaunter tersebut termasuklah Supermax, yang melonjak RM1.40 kepada RM7.50, serta Rubberex dan Kossan yang naik 98 sen masing-masing kepada RM5.28 dan RM10.68.

Peningkatan kaunter sarung tangan itu juga menyokong indeks penjagaan kesihatan yang naik sebanyak 287.72 mata kepada 3,432.92.

Naib Presiden Penyelidikan Rakuten Trade Sdn Bhd Vincent Low berkata prestasi kukuh pasaran itu adalah hasil daripada aktiviti membeli saham berharga rendah dalam kaunter sarung tangan susulan penjualan baru-baru ini. 

“Kaunter sarung tangan terlebih jualan pada minggu lepas, itulah sebabnya mengapa aktiviti membeli saham berharga rendah muncul dan menyokong KLCI untuk ditutup lebih tinggi,” katanya kepada Bernama sambil menambah prestasi hari ini telah dijangkakan oleh firma pembrokeran itu. 

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 701 berbanding 296, manakala 620 kaunter tidak berubah, 429 tidak diniagakan dan 33 yang lain digantung. 

Jumlah dagangan menyusut kepada 7.68 bilion saham bernilai RM6.49 bilion daripada 8.40 bilion saham bernilai RM5.48 bilion pada Khamis.

Sementara itu, dalam kalangan kaunter cergas, XOX meningkat 1.5 sen kepada 20 sen, Macpie naik 10 sen kepada 42 sen, Kanger International susut lima sen kepada 26 sen manakala Sapura Energy dan Xidelang tidak berubah masing-masing pada 10.5 sen dan enam sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 142.55 mata kepada 10,751.48 dan Indeks FBM Emas Shariah mengukuh 269.71 mata kepada 12,642.54.

FBM 70 meningkat 301.14 mata kepada 13,672.39, Indeks FBMT 100 naik 135.51 mata kepada 10,573.54 dan FBM ACE melonjak 778.36 mata kepada 10,475.87.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 35.72 mata kepada 12,665.45, Indeks Perladangan turun 14.22 mata kepada 7,007.88 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.50 mata kepada 135.34.

Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 3.86 bilion saham bernilai RM5.01 bilion berbanding 4.85 bilion saham bernilai RM4.51 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran melonjak kepada 1.09 bilion unit bernilai RM319.67 juta daripada 864.60 juta unit bernilai RM215.29.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE juga meningkat kepada 2.73 bilion saham bernilai RM1.15 bilion daripada 2.67 bilion saham bernilai RM753.56 juta.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 751.19 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (1.05 bilion), pembinaan (172.89 juta), teknologi (415.57 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (42.10 juta), hartanah (342.65 juta), perladangan (36.82 juta), REIT (10.47 juta), dana tertutup (100,000), tenaga (494.61 juta), penjagaan kesihatan (424.10 juta), telekomunikasi dan media (34.44 juta), pengangkutan dan logistik (65.16 juta) dan utiliti (14.65 juta).

— BERNAMA  

Share213ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

3 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

3 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In