• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

RSA Securities Rancang Bekerjasama Dengan Lebih Ramai Penggiat Teknologi Tempatan

in Catalyst
A A
RSA Securities Rancang Bekerjasama Dengan Lebih Ramai Penggiat Teknologi Tempatan

Sumber Gambar : Website Prebiu.Com

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 10 Sept  (Bernama) — RSA Securities, syarikat keselamatan berpangkalan di Amerika Syarikat, berhasrat melebarkan sayapnya di Malaysia dengan berganding bahu bersama-sama penggiat teknologi tempatan.

Pengurus besar untuk Asia Tenggara dan China, Charles Lim berkata pada masa ini, syarikat mempunyai beberapa wakil di Malaysia dan telah agak lama beroperasi di ruang negara ini.

“Kami sedang mencari rakan kongsi yang tepat dan apa yang penting bagi kami ialah kepakaran yang ada dalam kalangan syarikat teknologi tempatan itu.

“Buat masa ini, kami terbuka untuk lebih banyak kolaborasi ataupun kerjasama,” kata beliau kepada Bernama.

Meskipun beribu pejabat di Massachusetts dan mempunyai ibu pejabat serantau di Singapura, Lim berkata RSA Securities telahpun bekerjasama dengan pihak berkuasa siber tempatan serta beberapa syarikat penggiat teknologi, termasuk HeiTech Padu Bhd.

Dari segi permintaan, beliau berkata landskap teknologi telah menyaksikan permintaan drastik dan peralihan pesat daripada perniagaan “brick-and-mortar” sejak dunia dilanda COVID-19.

“Perniagaan terpaksa beralih kepada dalam talian, menjuruskan kepada lebih banyak transaksi dan data dilakukan secara dalam talian terutamanya data kewangan.

“Dengan peningkatan data dalam talian, ancaman siber semakin serius dan oleh itu, kita perlukan keselamatan siber yang lebih mantap,” kata beliau.

Menurut CyberSecurity Malaysia, sejumlah 7,765 insiden dilaporkan kepada agensi berkenaan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, dengan jumlah tertinggi dicatatkan pada April ketika negara berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penipuan mendahului senarai dalam tempoh berkenaan dengan 5,697 kes, diikuti oleh insiden penerobosan (juga dikenali sebagai hacking) dengan 933 kes, gangguan siber (409) dan kod dengan niat jahat (351).

Kesan Pendigitalan kepada Ekuiti

Dari segi ekuiti, saham-saham teknologi yang kebanyakannya di bawah kategori pasaran ACE, telah menyaksikan peningkatan stabil sejak Mac tahun ini walaupun terdapat beberapa siri pergerakan tidak menentu memandangkan indeks itu memantau prestasi NASDAQ secara langsung.

Antara saham paling untung sejak bermulanya COVID-19 ialah GHL Systems, melonjak daripada RM1.09 kepada RM2.00 dan Pentamaster yang melambung daripada RM1.94 kepada RM4.38.

 GHL Systems terlibat secara aktif dalam penyelesaian pembayaran di seluruh ASEAN sementara Pentamaster pula terbabit dalam pemprosesan automasi yang mana ia disokong oleh permintaan yang kian meningkat untuk penyelesaian automasi dalam era Industri 4.0.

Ini adalah antara syarikat yang telah mencatatkan pengukuhan sejak enam bulan lepas, sekali gus menyaksikan indeks teknologi telah meningkat 103 peratus.

Menurut seorang penganalisis ekuiti, saham teknologi dijjangka terus menjadi kegemaran pelabur untuk jangka masa panjang memandangkan kebanyakan syarikat telahpun memulakan ruang bekerja menyendiri/jauh dan ruang kerja digital.

“Beberapa sektor terutamanya perbankan, telah menyaksikan perubahan drastik dalam cara mereka bekerja. Kebanyakan kertas kerja telahpun didigitalkan dan automasi dijangka dipergiatkan lagi di masa hadapan,” kata beliau.

— BERNAMA

Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

7 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

7 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

7 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In