fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Malaysia Catat RM63.7 Bilion Pendapatan Dalam Eksport Produk Komoditi

in Berita
A A
Eksport Kayu Malaysia Berjumlah RM22.5 Bilion Tahun Lepas – Khairuddin

Sumber Gambar : Bernama

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

PUTRAJAYA, 9 Sept (Bernama) — Pendapatan eksport produk komoditi bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini adalah sebanyak RM63.7 bilion atau 14.2 peratus daripada keseluruhan pendapatan eksport negara, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Nilai eksport komoditi mencatatkan kenaikan 4.3 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2019.

“Peningkatan nilai eksport produk agrikomoditi ini disebabkan oleh faktor lonjakan dalam eksport produk utama seperti minyak sawit, oleokimia berasaskan sawit dan sarung tangan getah,” katanya pada perhimpunan bulanan kementerian yang pertama diadakan sejak COVID-19 bersempena Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di sini hari ini.

Nilai eksport produk sawit telah menokok 3.2 peratus kepada RM33 bilion berbanding enam bulan pertama tahun lepas, manakala eksport produk getah bertambah 18.3 peratus bagi tempoh Jan-Jun 2020 dengan nilai eksport sebanyak RM17.8 bilion.

“Walaupun nilai export mengalami peningkatan, kuantiti eksport produk agrikomoditi menunjukkan penurunan seperti eksport produk sawit telah merosot 12.3 peratus kepada 12.1 juta tan,” katanya.

Mohd Khairuddin berkata pada suku kedua tahun ini, aktiviti di peringkat huluan dan hiliran sektor agrikomoditi turut menyumbang sebanyak 7.1 peratus atau RM20.6 bilion kepada jumlah keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Sektor agrikomoditi mencatatkan nilai dagangan sebanyak RM82 bilion pada tempoh enam bulan pertama, manakala imbangan dagangan berjumlah RM45.5 bilion.

Mohd Khairuddin berkata semasa penularan COVID-19 pada Mac lalu, kerajaan telah mengambil langkah untuk menyokong industri komoditi menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Bagi meningkatkan eksport dan daya saing produk sawit, kerajaan telah mengecualikan 100 peratus duti eksport ke atas minyak sawit mentah, minyak isirong sawit mentah dan minyak isirong sawit yang diproses mulai 1 Julai lalu hingga 31 Disember ini, dan jumlah kuantum pengecualian yang diberikan adalah sebanyak RM200 juta.

Untuk menyokong produktiviti agrikomoditi melalui PRIHATIN, peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada 27 Mac lepas bagi melaksanakan projek Bantuan Input Pertanian Pekebun Kecil di bawah Sektor Perladangan dan Agrikomoditi pada 2020, katanya.

Katanya, peruntukan tambahan sekali sahaja itu, diberikan kepada pekebun kecil lada iaitu sebanyak RM16.11 juta, sektor koko RM2.69 juta dan sektor kenaf RM1.2 juta.

— BERNAMA

Share214ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

7 days ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

2 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In