Sebelum kita mula, kita kena ambil dulu apa yang terjadi kepada Bursa Malaysia sepanjang bulan Ogos 2020.

Jika kita lihat kepada indeks FBMKLCI sepanjang bulan Ogos 2020, carta menunjukkan pasaran saham negara kita sedang mengalami Downtrend. Bermula pada paras 1,572.61 pada 3 haribulan Ogos kepada 1,525.21 di hujung bulan Ogos 2020.
Jika FBMKLCI sudah merosot, pastinya ada kaunter-kaunter saham yang terkena tempiasnya. Di sini, kami akan mengupas secara terperinci tentang kaunter-kaunter saham patuh syariah yang paling rugi sepanjang bulan Ogos 2020.
10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Sepanjang Ogos 2020

Daripada 10 kaunter patuh syariah paling rugi ini, kami akan pilih tiga kaunter daripada sektor yang berbeza dalam senarai tersebut untuk dibincangkan secara lebih terperinci.
Kaunter-kaunter yang terpilih adalah :
- IJM (Sektor Pembinaan)
- OVH (Sektor Minyak dan Gas)
- Harta (Sektor Sarung Tangan)
1. IJM Corporation Berhad (IJM) (3336)
IJM Corporation Berhad merupakan sebuah syarikat di dalam sektor pembinaan yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia. Syarikat ini adalah hasil gabungan tiga buah syarikat pembinaan tempatan iaitu syarikat IGB Construction Sdn Bhd, Jurutama Sdn Bhd dan Mudajaya Sdn Bhd.
Untuk mengukuhkan lagi kedudukan syarikat ini sebagai salah sebuah syarikat pembinaan yang terbesar di Malaysia, IJM telah membeli syarikat Road Builder Group pada tahun 2018.
Harga kaunter IJM ini pada 3 Ogos 2020 adalah RM1.60 sesaham, namun harga kaunter ini telah mengalami kejatuhan kepada RM1.20 pada akhir bulan Ogos 2020. Kejatuhan harga sebanyak 25.0% ini telah menempatkan IJM pada tangga ke-3 dalam senarai kaunter saham patuh syariah paling rugi sepanjang bulan Ogos 2020.
10 Pemegang Utama Saham IJM

Permodalan Nasional Berhad (PNB) mempunyai pengangan saham terbesar syarikat IJM iaitu sebanyak 18.42%, diikuti oleh Employees Provident Fund Board sebanyak 16.03%, Kumpulan Wang Persaran (Diperbadankan) sebanyak 9.15% dan syarikat-syarikat lain seperti Urusharta Jemaah Sdn Bhd (6.01%), Public Mutual Berhad (4.72%), AIA Berhad (4.03%) dan lain-lain lagi.
Laporan Kewangan Syarikat IJM

Laporan kewangan IJM pada suku tahun pertama merekodkan kemerosotan daripada segi keuntungan bersih syarikat sebanyak 98.0%, jika dibandingkan dengan suku sebelumnya dan suku pertama pada tahun 2019.

Namun, pada 27 Ogos 2020, Urusharta Jamaah telah melepaskan sebahagin besar pegangan sahamnya di dalam IJM ini dan telah menyebabkan emosi pelabur runcit untuk turut serta melepaskan pegangan mereka sehingga menyebabkan tekanan jualan yang kuat pada 28 Ogos 2020.
Pandangan Daripada Sudut Teknikal IJM

Carta menunjukan rintangan yang kuat untuk kaunter IJM adalah pada paras RM2.30 pada bulan Februari 2020. Setelah gagal memecahkan rintangan tersebut dan ditambah dengan kejatuhan indeks pada pertengahan bulan Mac 2020, harga kaunter saham IJM telah menjunam kepada harga sekitar RM1.15 sebelum membuat cubaan untuk naik semula.
Cubaan untuk mengekalkan fasa kenaikan ini hanya bertahan sehingga 11 Jun 2020 sebelum membuat fasa kejatuhan semula.

Jika kita perhatikan secara teknikal secara terperinci kepada carta IJM ini, petanda yang kurang baik sebenarnya telah muncul. Petanda ini muncul apabila candlestick ‘Hanging Man’ muncul pada fasa kenaikan kaunter ini pada pertengahan bulan June 2020.

Jika kita mengimbas kembali carta IJM pada tarikh-tarikh sebelumnya ini, setiap kali kemunculan candle ‘Hanging Man’ ini pada fasa kenaikkan, fasa kejatuhan pasti terjadi selepas itu.
2. Ocean Vantage Holding Berhad (OVH) (0220)
Ocean Vantage Holding Berhad merupakan syarikat yang membekalkan perkhidmatan dalam sektor minyak yang masih baru tersenarai di Bursa Malaysia untuk papan ACE pada 22 Julai 2020 dengan menggunakan singkatan nama OVH.

OVH juga menjalankan kerjasama erat bersama syarikat minyak gergasi dunia seperti Petronas, Shell, ExxonMobil, Schlumberger dan banyak lagi seperti yang tertera pada gambar di atas.
Pada 3 Ogos 2020, harga kaunter OVH ini berada pada harga 66.5 sen sesaham dan jatuh pada harga 52.5 sen sesaham pada akhir Ogos 2020. Kejatuhan sebanyak 21.05% meletakkan OVH berada di tangga ke-7 dalam carta 10 kaunter saham patuh syariah yang paling rugi sepanjang bulan Ogos 2020.
Laporan Kewangan Syarikat OVH

OVH hanya mempunyai dua penyata kewangan tahunan syarikat yang dilaporkan kepada Bursa Malaysia kerana syarikat ini baru disenaraikan. Perubahan keuntungan bersih di antara suku tahunan pertama dan kedua tidak begitu ketara.
Pemangkin Negatif Kepada OVH

Carta menunjukan harga minyak mintah West Texas Intermediate (WTI) berada pada paras USD $39.0 sehingga USD $44.0 setong.

Carta ini pula menggambarkan harga minyak Brent Crude juga berada pada fasa mendatar dengan harga hanya bergerak sekitar USD $43.0 sehingga USD $46.0 setong.
Dengan pergerakan harga minyak dunia yang kelihatan lesu, kaunter-kaunter yang terlibat dalam sektor ini seperti OVH juga terkena tempiasnya. Selagi peperangan kita dengan wabak Covid-19 ini belum berakhir, selagi itulah sektor-sektor yang terlibat dalam minyak dunia ini bergerak pada fasa mendatar.
Pandangan Daripada Sudut Teknikal OVH

Carta menunjukkan harga kaunter OVH ini melonjak naik sejak tersenarai di Bursa Malaysia dan meneruskan fasa kenaikan sehingga pada awal bulan Ogos sebelum membuat fasa penurunan yang ketara.

Pada 12 Ogos 2020, carta menunjukkan kaunter ini telah mematahkan Support dan memberi isyarat jualan pada pelabur.
Dengan isyarat yang jelas ini, para pelabur runcit khususnya telah melepaskan pegangan saham syarikat ini sekali gus memberikan desakkan jualan yang kuat pada kaunter ini. Di tambah dengan ketiadaan pemangkin positif tentang minyak mentah dunia, harga kaunter OVH meneruskan kejatuhan menghampiri harga ketika saham ini diapungkan.
3. Hartalega Holdings Berhad (Harta) (5168)
Hartalega merupakan salah satu pengeluar sarung tangan nitril terbesar dunia. Syarikat ini mula ditubuhkan pada tahun 1988 yang berpangkalan di Batang Berjuntai, Selangor Malaysia. Syarikat ini sedang pesat berkembang dengan meningkatkan kapasiti pengeluaran mereka sehingga 45 bilion keping sarung tangan getah menjelang tahun 2020.
Harga kaunter ini pada 3 Ogos 2020 adalah RM20.54 sesaham, namun harga kaunter ini jatuh pada akhir bulan Ogos menjadi RM16.52 sesaham. Penurunan sebanyak 19.57% dalam tempoh sebulan ini menempatkan Hartalega pada tangga ke sepuluh dalam carta kaunter saham patuh syariah paling rugi sepanjang bulan Ogos 2020.
Laporan Kewangan Syarikat Hartalega

Laporan kewangan syarikat Hartalega kelihatan kukuh dengan mencatatkan peningkatan keuntungan bersih sebanyak RM104.14 juta berbanding suku tahunan sebelumnya. Peningkatan sebanyak 90% berbanding suku sebelumnya dan 134% berbanding suku tahunan yang sama pada tahun sebelumnya.
Pemangkin Negatif Kepada Hartalega
Pada 12 Ogos 2020, berita tentang penghasilan vaksin yang berjaya di Rusia telah menjadi sebab utama kejatuhan kepada kaunter-kaunter yang terlibat dalam sektor pembuatan sarung tangan; dan Hartalega merupakan salah satu yang terkesan.
Dengan penularan berita tentang penghasilan vaksin hampir berjaya, para pelabur kelihatan sudah tidak berminat kepada kaunter-kaunter sarung tangan sehingga menyebabkan desakan jualan yang kuat untuk saham-saham dalam sektor ini.
Pandangan Daripada Sudut Teknikal Harta

Jika kita perhatikan daripada sudut teknikal, pada 3 Ogos 2020 sudah menunjukkan isyarat jualan kerana pada penutupan urus niaga dagangan pada hari tersebut, candlestick Shooting Star telah terbentuk. Isyarat yang diberikan tepat apabila harga kaunter ini meneruskan kejatuhan dengan ketara sehingga mematahkan Support pada 14 Ogos 2020.
Ditambah dengan berita penemuan vaksin bagi Covid-19 yang semakin hangat diperkatakan, kaunter Harta ini meneruskan membuat fasa kejatuhan sehingga ke hari ini.
Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)