• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

KLCI Susut Pada Sesi Tengah Hari Kerana Aktiviti Jualan Berterusan Kaunter Berkaitan Indeks

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia merosot ketika mengakhiri sesi awal dagangan berikutan kemunculan aktiviti jualan ke atas saham berkaitan indeks, terutamanya kaunter sarung tangan.

Pada 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 14.13 mata kepada 1,482.59 daripada 1,496.72 ketika ditutup petang semalam.

Indeks utama dibuka pagi ini lebih kukuh sebanyak 5.50 mata kepada 1,502.22 dan bergerak antara 1,474.23 dan 1,504.03 sepanjang sesi pagi.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung 851 berbalas 227 manakala 330 kaunter tidak berubah, 638 tidak diniagakan dan 32 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 4.68 bilion saham bernilai RM3.22 bilion.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Top Glove, antara saham paling aktif, terus mendahului dengan turun 57 sen kepada RM6.58, sementara Hartalega merosot RM1.08 kepada RM11.92.

Sime Darby Plantation merosot tujuh sen kepada RM5.05, Press Metal turun 11 sen kepada RM5.09 sementara Genting Malaysia tidak berubah pada RM2.26.

Di pasaran lebih meluas, momentum penjualan ke atas kaunter sarung tanga berterusan dengan senarai saham paling rugi dikuasai oleh kaunter sarung tangan, terutamanya waran Supermax.

Selain Top Glove dan Hartalega, saham berkaitan sarung tangan yang mengalami penjualan termasuk Kossan yang merosot RM1.41 kepada RM9.55, Supermax turun 96 sen kepada RM6.52, Comfort Glove 42 sen lebih rendah pada RM3.38 dan Careplus turun 38 sen hingga RM2.18.

Saham-saham paling cergas pula, sian Pac naik 2.5 sen kepada 15 sen, Parlo menambah 5.5 sen kepada 34 sen, Pegasus Heights waran PHB-WB naik setengah sen kepada dua sen, XOX turun setengah sen kepada 19.5 sen sementara AT Systematization tidak berubah pada 8.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 135.22 mata kepada 10,590.66 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 212.61 mata kepada 12,359.43.

FBM 70 lemah 279.46 mata kepada 13,425.74, Indeks FBMT 100 turun 128.14 mata kepada 10,408.67 dan FBM ACE jatuh 221.46 mata kepada 10,028.60.

Mengikut sektor, Indeks Penjagaan Kesihatan susut 222.91 mata kepada 3,195.03 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 26.95 mata kepada 12,653.27 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.32 mata kepada 134.41.

Indeks Perladangan pula lega 35.13 mata kepada 7,001.69.

–BERNAMA

Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In