• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Kerajaan, Industri Perlu Bersedia Bagi Edaran Vaksin Covid-19 – IATA

in Berita
A A
Kerajaan, Industri Perlu Bersedia Bagi Edaran Vaksin Covid-19 – IATA

Sumber Gambar : Website BBC

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) — Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menggesa kerajaan dan pihak berkepentingan industri agar mempunyai rancangan komprehensif bagi memastikan mereka bersedia sepenuhnya apabila vaksin COVID-19 diluluskan dan tersedia untuk pengedaran.

Persatuan itu turut mengingatkan mengenai potensi kekangan kapasiti yang buruk untuk membawa vaksin berkenaan melalui udara.

Menurutnya, kargo udara memainkan peranan utama untuk mengedarkan vaksin ini pada waktu biasa melalui sistem pengedaran masa dan suhu di peringkat global yang kukuh.

“Keupayaan ini adalah penting untuk pengangkutan yang efisien dan pantas serta pengedaran vaksin sebaik ia tersedia kelak, dan ini tidak akan berlaku tanpa perancangan yang berhati-hati, diketuai oleh kerajaan dengan sokongan pihak berkepentingan industri,” menurut IATA dalam kenyataan hari ini.

Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IATA, Alexandre de Juniac berkata penghantaran vaksin COVID-19 yang selamat akan menjadi misi industri kargo udara di peringkat global.

“Kami menggesa kerajaan menjadi peneraju untuk memudahkan kerjasama di seluruh rantaian logistik agar kemudahan, pengurusan sekuriti dan proses sempadan bersedia menjelang tugas yang lebih kompleks pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, CEO Perikatan Vaksin Sedunia (Gavi), Dr Seth Berkley berkata penyerahan berbilion dos vaksin ke seluruh dunia dengan berkesan akan mewujudkan halangan logistik di seluruh rantaian bekalan.

“Kami berhasrat untuk bekerjasama dengan kerajaan, pengeluar vaksin dan rakan logistik untuk memastikan vaksin global COVID-19 yang selamat dan mampu milik,” katanya,

 IATA berkata selain keperluan membabitkan persediaan pengangkutan dan penyelarasan, kerajaan juga perlu mengambil kira keupayaan kargo industri pengangkutan udara global yang semakin merosot pada masa ini.

Pengangkutan darat akan dapat membantu menangani masalah ini di negara-negara maju menerusi kapasiti pengeluaran tempatan.

Bagaimanapun, vaksin berkenaan tidak boleh diedarkan ke seluruh dunia tanpa penggunaan kargo udara yang signifikan, kata IATA.

— BERNAMA

Share213ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

10 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In