• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Kenaikan Di Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Kukuh

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, Sept 10 (Bernama) — Bursa Malaysia menebus kembali kerugian yang dialami sebelumnya dan dibuka lebih kukuh pagi ini selepas saham AS melonjak untuk mencatatkan keuntungan semalaman yang tinggi.

Pada pukul 9.06 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.85 mata kepada 1,497.57 daripada 1,496.72 ketika ditutup semalam.

Indeks utama melantun 5.50 mata kepada 1,502.22 pada pembukaan urus niaga.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran positif dengan saham untung mengatasi rugi 409 berbalas 86, manakala 216 kaunter tidak berubah, 1,335 tidak diniagakan dan 32 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 361.65 juta saham bernilai RM202.80 juta.

Keuntungan di pasaran petunjuk utama disumbangkan terutamanya oleh Top Glove yang mengukuh 11 sen kepada RM7.26, Hartalega meningkat 16 sen kepada RM13.16 dan Maxis menambah empat sen kepada RM5.08.

IHH, Sime Darby Plantation dan Sime Darby, masing-masing meningkat tiga sen kepada RM5.38, RM5.51 dan RM2.33.

Rakuten Trade Sdn Bhd dalam nota penyelidikannya berkata Wall Street mempamerkan lantunan teknikal yang kukuh pada Rabu. Bagaimanapun, sama ada kerancakan itu akan berterusan tidak dapat dipastikan terutamanya di celah-celah aktiviti penjualan.

“Dalam negara, kami mengunjurkan FBM KLCI akan bangkit semula memandangkan ia telah lama berada dalam mod bertahan.

“Sehubungan itu, kami percaya bahawa indeks penanda aras boleh menguji paras 1,510-1,520 hari ini,” katanya sambil menjangkakan pasaran serantau juga akan diniagakan tinggi berikutan kenaikan saham di AS.

Peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura menambah 0.19 peratus kepada 2,504.18, Nikkei Jepun lebih tinggi 0.76 peratus kepada 23,207.30 dan Indeks Komposit KOSPI Korea Selatan mengukuh 0.67 peratus kepada 2,391.70.

Saham paling untung didahului oleh MPI yang menokok 50 sen kepada RM17.38, Kossan meningkat 24 sen kepada RM11.20, Bursa lebih tinggi 18 sen kepada RM8.61, UWC menambah 17 sen kepada to RM6.18.

Dalam kalangan saham paling cergas, Asian Pac naik 2.5 sen kepada 15 sen, Destini memperoleh keuntungan kecil setengah sen kepada 33.5 sen, XOX naik satu sen kepada 21 sen, Gets Global meningkat 10 sen pada RM1.03 sementara Konsortium Transnasional menambah dua sen kepada 16.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 23.61 mata kepada 10,749.49 dan Indeks FBM Emas Shariah melonjak 54.44 mata kepada 12,626.48.

FBM 70 pula naik 76.34 mata kepada 13,781.54, Indeks FBMT 100 meningkat 19.12 mata pada 10,555.93 dan FBM ACE menokok 84.05 mata kepada 10,334.11.

Mengikut sektor, Indeks Penjagaan Kesihatan meningkat 36.83 mata kepada 3.454.77, Indeks Perladangan menambah 13.00 mata kepada 7.049.82 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan perindustrian mengukuh 0.16 mata kepada 135.89.

Indeks Perkhidmatan Kewangan, bagaimanapun, merosot 22.17 mata kepada 12,658.05.

— BERNAMA

Share244ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In