• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Hibiscus Petroleum Mahu Kumpul RM2 Bilion Melalui Tawaran Saham Persendirian

in Catalyst
A A
Hibiscus Petroleum Mahu Kumpul RM2 Bilion Melalui Tawaran Saham Persendirian

Sumber Gambar : Website Hibiscus Petroleum

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) –Hibiscus Petroleum Bhd merancang mengumpul sehingga RM2 bilion melalui penempatan saham persendirian saham keutamaan boleh tebus (CRPS) untuk memperoleh aset pengeluaran minyak dan gas bernilai tinggi.

Syarikat itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata cadangan penempatan sehingga dua bilion CRPS itu boleh dilaksanakan dalam satu atau beberapa peringkat.

“Harga penukaran bagi CRPS peringkat pertama telah ditetapkan pada RM0.66, mewakili premium kira-kira 10 peratus berbanding purata harga pasaran saham biasa lima hari dalam Hibiscus Petroleum di Bursa Malaysia Securities Bhd sehingga 8 Sept 2020, iaitu RM0.5972,” katanya.

Cadangan penempatan saham persendirian CRPS ini merupakan mekanisme yang paling wajar bagi mengumpulkan dana untuk membuka peluang bagi memperoleh aset yang menarik pada masa yang sesuai, terutamanya aset yang dijual melalui pembidaan dengan tempoh penyelesaian yang agak singkat.

“Pengambilalihan tersebut, jika menjadi kenyataan, mungkin akan menyumbang secara positif kepada potensi pendapatan syarikat dalam masa terdekat. Hasil bersih daripada cadangan penempatan persendirian ini akan diletakkan dalam akaun amanah Islam di sebuah bank berlesen dan diuruskan oleh penjaga bebas,” katanya.

Pengambilalihan tersebut perlu memenuhi kriteria kelayakan tertentu yang disahkan oleh pakar bebas, merangkumi tempoh bayar balik kurang daripada atau bersamaan dengan lima tahun dan kadar pulangan dalaman melebihi atau bersamaan dengan 12 peratus. 

“Syarikat mengutamakan aset yang memiliki potensi pengeluaran yang mantap serta mempunyai peluang pengoptimuman kos dan terus komited untuk mengembangkan perniagaan dalam kawasan geografi yang menjadi fokus kumpulan, terutamanya di Asia Tenggara,” kata kenyataan itu.

CIMB Investment Bank Bhd dan Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) telah dilantik sebagai penasihat utama bersama, manakala Affin Hwang Investment Bank Bhd, CIMB dan HLIB telah dilantik untuk bertindak sebagai penyelarasan bersama bagi mendapatkan pelanggan CRPS yang berpotensi.

Cadangan penempatan CRPS ini adalah tertakluk kepada pelbagai kelulusan kawal selia dan pemegang saham syarikat.

— BERNAMA

Share240ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

4 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

5 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

5 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In