• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

BNM Kekalkan OPR Pada 1.75 Peratus

in Berita
A A
BNM Dijangka Kekalkan OPR Pada 1.75 Peratus

Sumber : Website Bank Negara Malaysia

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) — Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) yang bermesyuarat hari ini, memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus – terendah sejak dilaksanakan pada 2004.

Dalam kenyataannya, bank pusat itu berkata keadaan ekonomi global juga terus pulih dengan lebih banyak negara melaksanakan pengurangan langkah-langkah pembendungan pandemik COVID-19 serta sokongan dasar yang kukuh.

“Pembukaan semula kemudahan pengeluaran telah menyebabkan aktiviti perkilangan dan perdagangan disambung semula. Bagaimanapun, pemulihan dalam sektor perkhidmatan adalah lebih perlahan.

“Selain itu, keadaan kewangan telah bertambah baik walaupun kegiatan mengelak risiko masih tinggi.

“Prospek pertumbuhan juga masih tertakluk pada risiko pertumbuhan lebih rendah dan ketidakpastian, terutamanya disebabkan oleh risiko penularan semula pandemik dan keadaan pasaran pekerja yang lebih lemah,” katanya.

Menurut BNM, aktiviti ekonomi Malaysia terus pulih daripada paras terendah pada April lepas manakala penunjuk berfrekuensi tinggi terkini memaparkan keadaan pasaran pekerja, perbelanjaan isi rumah dan aktiviti perdagangan terus bertambah baik.

“Pemulihan ekonomi turut disokong oleh pakej rangsangan fiskal di samping langkah-langkah monetari dan kewangan. 

“Peningkatan ini dijangka berterusan pada 2021, disokong oleh pemulihan dalam permintaan luar negara dan pengembangan perbelanjaan sektor swasta,” katanya.

 Bagaimanapun, BNM berkata kadar pemulihan yang merentas sektor dijangka tidak sekata dengan aktiviti ekonomi dalam beberapa industri kekal di bawah paras sebelum pandemik selain peningkatan pasaran kerja yang lebih perlahan.

“Prospek ini masih tertakluk kepada risiko pertumbuhan lebih rendah terutamanya akibat ketidakpastian berterusan mengenai perkembangan pandemik di peringkat domestik dan antarabangsa,” katanya.

Selain itu, BNM berkata tekanan inflasi dijangka terus menyederhana pada 2020 dengan purata inflasi keseluruhan dijangka negatif pada tahun ini memandangkan harga minyak dunia yang jauh lebih rendah dan purata lebih tinggi pada 2021.

“Oleh itu, prospek akan terus dipengaruhi dengan ketara oleh harga minyak dan komoditi dunia. Inflasi asas dijangka rendah dalam keadaan kapasiti ekonomi yang berlebihan,” katanya.

Bank pusat itu juga menyifatkan pengurangan OPR sebanyak 125 mata asas secara kumulatif tahun ini akan terus merangsang ekonomi.

Malah, berdasarkan prospek pertumbuhan ekonomi dan inflasi, MPC menyifatkan pendirian dasar monetari sebagai wajar dan akomodatif.

“Bank Negara Malaysia akan terus komited untuk memanfaatkan mekanisme dasarnya yang bersesuaian bagi mewujudkan keadaan yang menyokong pemulihan ekonomi yang berterusan,” katanya.

Hari ini merupakan mesyuarat kelima MPC bagi 2020 dan mesyuarat terakhir tahun ini dijadual diadakan pada 3 November depan.

— BERNAMA

Share877ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

8 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

10 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

10 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In