• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Saham Ekovest Naik Susulan Perkembangan Mengenai Bandar Malaysia

in Catalyst
A A
Saham Ekovest Naik Susulan Perkembangan Mengenai Bandar Malaysia

Sumber Gambar : Website Ekovest

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) — Saham-saham Ekovest Bhd meningkat sebanyak 1.5 sen dalam dagangan awal berikutan laporan bahawa syarikat pembinaan tersebut kini dalam perbincangan eksklusif untuk membeli 40 peratus kepentingan Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dalam projek Bandar Malaysia.

Ekovest juga muncul antara saham paling aktif dalam sesi dagangan pagi ini.

Pada 12.18 tengah hari, kaunter itu naik 1.5 sen kepada 52 sen daripada 50.5 sen semalam dengan 64.2 juta saham saling berpindah tangan.

Sebanyak 63 peratus kepentingan IWH dimiliki oleh Pengerusi Ekovest, Tan Sri Lim Kang Hoo manakala baki 37 peratus dikuasai oleh syarikat milik kerajaan Negeri Johor, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, Ekovest berkata ia telah menerima surat daripada IWH pada 7 September lepas yang menawarkan rundingan eksklusif bagi meninjau pembabitannya sebagai pelabur strategik dalam projek Bandar Malaysia menerusi pengambilalihan 40 peratus kepentingan ekuiti IWH dalam IWH CREC Sdn Bhd (IWH-CREC).

IWH-CREC merupakan usaha sama 60:40 antara IWH dan China Railway Engineering Corp (M) Sdn Bhd (CRECM) yang juga anak syarikat milik penuh kerajaan China iaitu China Railway Group Ltd (CREC). 

Pada 17 Dis, 2019, IWH menerusi IWH-CREC telah memeterai dan meminda perjanjian jualan saham dengan  TRX City Sdn Bhd bagi membeli 60 peratus kepentingan ekuiti dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd untuk melaksanakan pembangunan projek Bandar Malaysia.

TRX City merupakan anak syarikat tidak langsung milik Kementerian Kewangan manakala Bandar Malaysia Sdn Bhd adalah pemaju utama Bandar Malaysia.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Selasa, Ekovest  berkata ahli Lembaga Pengarahnya telah bersetuju untuk memulakan rundingan eksklusif dengan IWH bagi memperhalusi cadangan itu dengan hasrat untuk memeterai perjanjian dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan surat itu, kecuali dilanjutkan lagi dengan persetujuan bersama kedua-dua pihak.

— BERNAMA

Share286ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In