• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Kanger Mampu Jadi Pengeluar Produk Buluh Antarabangsa

in Catalyst
A A
Kanger Mampu Jadi Pengeluar Produk Buluh Antarabangsa

Sumber Gambar : Website KRBamboo

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) — Syarikat yang tersenarai di Pasaran ACE, Kanger International Bhd bersedia untuk menjadi pengeluar produk buluh terbaik di dunia melalui kerjasama 70:30 dengan kerajaan tempatan Jingzhou di Wilayah Hunan, China. 

Pengarah Eksekutif Steven Kuah Choon Ching berkata kerja-kerja ujian sedang dijalankan di kilang baharu bernilai RM121 juta di Jingzhou, dengan pengeluaran komersial penuh ditetapkan pada suku keempat tahun ini. 

“Kami berada dalam kedudukan yang kukuh untuk meningkatkan perniagaan pemprosesan buluh kami dengan ketara agar mampu menjadi salah satu pengeluar buluh terbesar di dunia, dengan keupayaan huluan (perladangan) dan hiliran (pemprosesan, pembuatan serta pengedaran),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dilengkapi dengan pusat penyelidikan dan pembangunan, fasiliti di Jingzhou menggunakan kaedah pemprosesan termaju yang boleh memproses buluh mentah kepada pelbagai jenis produk seperti perabot, lantai dan bahan binaan. 

Kerajaan Jingzhou telah memberikan konsesi perladangan buluh kepada usaha berkenaan melalui tiga fasa pemberian, merangkumi kawasan seluas 8,430.81 hektar, dimulakan dengan fasa awal sebanyak 2,428.11 hektar yang mengandungi buluh yang sudah matang.

Syarikat itu menganggarkan ia akan mengambil masa sehingga tiga tahun untuk memproses semua rumpun buluh sedia ada menjadi produk siap, ini berpotensi menjana hasil berjumlah 800 juta renminbi (1 renminbi = RM0.61).

“Penyelidikan pasaran oleh Kanger menganggarkan nilai pasaran buluh global adalah sebanyak US $68.8 bilion (RM288.8 bilion) pada 2018, memandangkan ia digunakan secara meluas untuk membuat perabot, ukiran, lantai serta dinding di hotel dan resort di seluruh dunia,” katanya.

Sebagai sokongan terhadap usaha ini, Kanger telah menubuhkan rangkaian pengedaran yang agak besar membabitkan 100 kedai peniaga di seluruh China, merangkumi pemasaran dalam talian ke luar talian dan saluran penghantaran termasuk kehadiran melalui beberapa platform dalam talian seperti JD.com, Taobao Alibaba dan WeChat. 

“Bagi mengembangkan pasaran eksport, Kanger akan membuka bilik pameran antarabangsa yang baharu di Asia, Timur Tengah, Eropah dan Amerika Utara,” katanya. 

Di Malaysia, Kanger telah menetapkan visinya  untuk menubuhkan aliran pendapatan baharu dengan membeli tanah seluas 2.22 hektar di Kuala Selangor pada harga RM6.8 juta. 

“Kumpulan secara aktif mencari peluang strategik dengan prospek yang menarik untuk membuat pelaburan,” kata Kuah.

— BERNAMA

Share334ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In