• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Hartalega Mahu Tingkatkan Kapasiti Kepada 44 Bilion Sarung Tangan

in Catalyst
A A
Hartalega Mahu Tingkatkan Kapasiti Kepada 44 Bilion Sarung Tangan

Sumber Gambar : Website Hartalega

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) — Hartalega Holdings Bhd telah mentauliahkan empat barisan pembuatan di Kilang 6, Kompleks Pembuatan Sarung Tangan Bersepadu Generasi Akan Datang (NGC) bagi mempercepatkan kapasiti pengeluarannya. 

Syarikat itu berkata pembinaan barisan pembuatan seterusnya masih dalam cadangan, dengan Kilang 7 di NGC tersebut dijangka beroperasi menjelang akhir 2020.

“Selepas siap pada tahun kewangan 2022, kapasiti tahunan kami akan meningkat kepada 44 bilion keping,” kata Pengerusi Eksekutif Kuan Kam Hon dalam laporan tahunan 2020 syarikat itu.

Pengilang sarung tangan getah itu juga mahu mengoptimumkan Integrasi penyelesaian teknologi seperti Industri 4.0 dalam proses dan operasi perniagaannya.

Walaupun Kuan berharap ancaman COVID-19 akan mengendur dan langkah pencegahan mencapai kemajuan di seluruh dunia, keadaan ini dijangka akan berpanjangan.

Memandangkan tempoh permintaan bagi sarung tangan getah akan terus memuncak, syarikat komited untuk melakukan bahagiannya bagi melindungi petugas barisan hadapan menangani wabak ini.

Kuan ketika mengulas mengenai unjuran berkata ketika syarikat berusaha meningkatkan kapasiti, ia menyedari hakikat bahawa garis dasar bagi permintaan global telah berubah dan ini diramalkan menjadi normal baharu.

Dalam hal ini, pelan pertumbuhan strategik kumpulan adalah sejajar dengan keperluan jangka panjang industri penjagaan kesihatan global. 

“Dalam arah pengembangan dan mempelbagaikan asas pasaran, ini akan menetapkan asas bagi fasa pertumbuhan kami yang seterusnya untuk NGC 2.0. 

“Untuk tujuan tersebut, pada tahun ini, kumpulan telah mengambil alih sebidang tanah yang terletak di Banting, Selangor berkeseluasan 38.44 hektar… bertujuan bagi pengembangan masa hadapan NGC 2.0,” katanya.

Kuan menambah pelan awal kumpulan untuk NGC 2.0 merangkumi tujuh kilang dengan 82 barisan pengeluaran berkapasiti 32 bilion sarung tangan. 

Jika pengembangan ini diselesaikan, ia akan membawa kapasiti dipasang kepada kumpulan sebanyak 76 bilion keping setahun. 

Pada penutup hari ini, saham Hartalega menurun 40 sen kepada RM13.60 dengan 8.1 juta saham ditransaksikan.

— BERNAMA

Share269ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In