• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Eversendai Catat Rekod Dunia Menerusi Pembangunan One Za’abeel Di Dubai

in Catalyst
A A
Eversendai Catat Rekod Dunia Menerusi Pembangunan One Za’abeel Di Dubai

Sumber Gambar : Website Eversendai

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) — Eversendai Corporation Bhd berjaya mencatat rekod dunia serta meraih pencapaian bermakna dalam industri pembinaan menerusi One Za’abeel – pembangunan ikonik mewah bertingkat dengan kegunaan bercampur-campur di Dubai.

Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulannya Tan Sri AK Nathan berkata struktur itu membabitkan pembinaan bangunan mercu tanda berkembar — blok Tower A setinggi 300 meter yang menempatkan pejabat dan pusat peranginan vertikal pertama dunia manalala Tower B merangkumi unit-unit kediaman.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata dua menara itu dihubungkan pada ketinggian 125 meter oleh jejantas udara ‘Link’ seberat 9,000 tan yang menggunakan struktur besi sepanjang 230 meter.

Malah, jejantas itu akan tersenarai sebagai rekod pencapaian kejuruteraan dan dijangka turut mencatat rekod bagi kategori struktur binaan julur terpanjang di dunia.

“Eversendai merupakan kebanggaan Malaysia dan kami juga berasa megah dapat menempatkan Jalur Gemilang di kedudukan tinggi apabila menjadi sebahagian daripada pencatat rekod dunia bagi kategori tersebut,” katanya.

Beliau berkata, bahagian pertama jejantas sepanjang 192 meter itu telah diangkat ke kedudukan akhir pada ketinggian 100 meter dari aras bawah, beberapa minggu lepas.

“Usaha mengangkatnya juga menjadi antara bebanan terberat di Timur Tengah dengan jumlah berat sebanyak 8,500 tan dan dapat dilakukan dalam tempoh tiga hari,” katanya.

Susulan itu, usaha kedua bagi melengkapkan struktur Link merangkumi bahagian akhir berukuran 230 meter, akan dijalankan pada akhir tahun ini.

Eversendai terbabit dalam pelbagai pembangunan mercu tanda ikonik termasuk 16 Collyer Quay, Chevron House, Republic Plaza dan State Court di Singapura manakala di Malaysia meliputi Menara Berkembar 2 Petronas  dan Menara Merdeka 118 PNB.

— BERNAMA

Share224ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

7 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

7 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

7 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In