fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Eksport Sarung Tangan Getah Malaysia Meningkat Bagi Januari – Julai 2020 – MITI

in Berita
A A
Eksport Sarung Tangan Getah Malaysia Meningkat Bagi Januari – Julai 2020 – MITI

Sumber Gambar : The Star (10/3/2020)

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) — Pengeksportan sarung tangan getah keluaran Malaysia telah meningkat kepada RM15.06 billion bagi tempoh Januari sehingga Julai 2020 berbanding RM10.03 billion bagi tempoh yang sama pada tahun 2019, ia mencatatkan peningkatan sebanyak 50.1 peratus, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Lim Ban Hong.

Beliau berkata kenaikan itu disebabkan permintaan yang tinggi dan usaha dilakukan kerajaan untuk membantu industri sarung tangan getah, jumlah permintaan global sarung tangan getah dianggarkan berjumlah 330 billion unit pada tahun 2020 manakala pengeluaran dari Malaysia untuk pasaran eksport dijangka berjumlah 220 billion unit atau sebanyak 67 peratus syer daripada permintaan global.

“Ini merupakan peluang baik untuk negara memperkukuhkan jenama dan keyakinan terhadap produk Malaysia di peringkat antarabangsa,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Idris Ahmad, yang ingin tahu mengenai usaha dan tindakan kerajaan untuk mengambil peluang di dalam sektor pembuatan serta penghasilan sarung tangan getah yang dilihat semakin rancak semenjak penularan COVID-19, menjadikannya sebagai antara sumber pendapatan negara.

Lim berkata untuk mengambil peluang di dalam sektor pembuatan serta penghasilan sarung tangan getah yang rancak berkembang, kerajaan akan menggalakkan industri sarung tangan getah untuk membuat pelaburan semula atau pelaburan tambahan menerusi Skim Galakan Elaun Pelaburan Semula Khas (EPS Khas) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). 

Skim EPS Khas yang diumumkan kerajaan itu menggalakkan pelaburan semula atau pelaburan tambahan disediakan. Skim ini boleh digunakan untuk tahun taksiran 2020 hingga 2022,” katanya.

Selain itu kerajaan menggalakkan penggunaan automasi dan teknologi tinggi dalam sektor perkilangan termasuk industri sarung tangan getah di mana Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui agensinya, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang menawarkan Insentif Elaun Modal Automasi bagi industri perkilangan yang berintensifkan buruh bagi menggalakkan penggunaan automasi dalam sektor perkilangan.

“Memandangkan industri sarung tangan getah berkembang rancak selepas berlakunya pandemik itu dan wujudnya keperluan untuk membina kilang dengan kadar lebih cepat, kerajaan melalui PENJANA telah memperkenalkan inisiatif di mana syarikat boleh mendapatkan kelulusan Lesen Pengilang dalam tempoh 48 jam menerusi inisiatif permohonan lesen pengilang secara dalam talian,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan akan menubuhkan Unit Projek Penyelarasan dan Kepantasan atau PACU di bawah MIDA untuk menawarkan kemudahan secara menyeluruh dan memastikan kelancaran pelaksanaan projek-projek yang telah diluluskan.

MITI melalui agensinya, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) turut membantu syarikat tempatan termasuk syarikat pembuatan sarung tangan getah melalui pelbagai inisiatif, antaranya ialah padanan perniagaan dilakukan secara maya antara syarikat pengeksport Malaysia dan pembeli luar negara, kata Lim.

Pameran MyAPEC 2020 secara maya yang akan berlangsung pada 1 September 2020 hingga 31 Disember depan akan memberi peluang kepada syarikat Malaysia menyertainya seterusnya melakukan sesi pembentangan perniagaan kepada pembeli dari luar negara, katanya.

Selain itu MATRADE turut menganjurkan ‘eNational Export Day’ mulai 8 hingga 10 September tahun ini bagi membincangkan peluang perniagaan yang wujud susulan daripada krisis pandemik tersebut.

Inisiatif lain dilakukan MATRADE ialah mewujudkan Bantuan Geran Pembangunan Pasaran (MDG) bagi menampung kos penyertaan syarikat Malaysia di pameran perdagangan antarabangsa secara maya di dalam dan luar negara, serta 30 peratus kos logistik termasuk pengangkutan dan pergudangan bagi penghantaran produk ke luar negara, katanya.

–BERNAMA

Share207ShareSend

Related Posts

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 month ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

5 months ago
CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II
Berita

CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In