• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Susut Bawah Paras 1,500 Pada Sesi Awal Dagangan Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia merosot di bawah paras 1,500 beberapa minit selepas ia dibuka untuk sesi urus niaga pagi ini.

Bursa tempatan itu dijangka kekal pada tahap semasa selepas meraih keuntungan baru-baru ini.

Pada pukul 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 21.35 mata atau 1.41 peratus kepada 1,497.97 daripada 1,519.32 ketika ditutup petang semalam.

Indeks utama jatuh 13.58 mata kepada 1,505.74 ketika dibuka pagi ini.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung pada margin yang besar iaitu 476 berbalas 77 manakala 190 kaunter tidak berubah, 1,295 tidak diniagakan dan 22 lain digantung.

Jumlah dagangan pagi ini ialah 590.80 juta saham bernilai RM186.04 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikannya menjangkakan paras semasa bursa tempatan akan berlanjutan dalam jangka masa terdekat (FBM KLCI) dengan keuntungan akan diukur oleh kelemahan terutamanya membabitkan kaunter berwajaran tinggi sarung tangan.

“Buat masa ini, sebarang pemulihan kukuh akan diatasi oleh aktiviti pengambilan untung,” katanya sambil menambah saham murah mungkin akan terus bertahan di sebalik sentimen pasaran negatif ini walaupun terdapat banyak peluang untuk meraih keuntungan.

Secara teknikalnya, firma broker itu berpendapat paras 1,500 sebagai sokongan segera diikuti dengan 1,480 sementara paras halangan pada 1,555-1,580. 

Pada tahap pembukaan, lebih dua pertiga daripda 30 kaunter berkaitan FBM KLCI berada dalam zon merah kecuali Hong Leong Bank yang mengukuh 12 sen kepada RM14.92.

Maybank jatuh 21 sen kepada RM7.29, Top Glove rugi  20 sen kepada RM7.44, Petronas Chemicals lebih rendah 17 sen kepada RM5.50, Hartalega menyusut 30 sen kepada RM13.30 sementara Tenaga merosot 18 sen kepada RM11.14.

Dalam kalangan saham paling cergas, Ekovest meningkat 3.5 sen kepada 54 sen, Sapura Energy naik setengah sen kepada 11 sen manakala Lambo, Priceworth International dan EA Holdings, semua tidak berubah pada 4.5 sen, tiga sen dan tiga sen.

Saham paling rugi didahului oleh Petronas Dagangan pada RM20.90 diikuti oleh Panasonic Malaysia yang berkurangan 58 sen kepada RM29.00. 

Kossan rugi 50 sen kepada RM12.00, MPI jatuh 42 sen kepada RM17.38 sementara Carlsberg lebih rendah 36 sen kepada RM19.62.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 147.49 mata kepada 10,774.58 dan Indeks FBM Emas Shariah turun 189.54 mata kepada 12,683.56.

Indeks FBM 70 merosot 210.93 mata kepada 13,898.83, Indeks FBMT 100 53.25 mata lebih rendah kepada 10,580.49 dan FBM ACE berkurangan 128.25 mata kepada 10,262.47.

Mengikut sektor, Indeks Real Estate Investment Trust (REIT) meningkat 0.18 mata kepada 848.24 sementara Indeks Penjagaan Kesihatan merosot 71.31 mata kepada 3,522.79.

Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 130.76 mata kepada 12,612.64, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lega 2.20 mata kepada 134.87 dan Indeks Perladangan jatuh 66.92 mata kepada 7,033.51.

— BERNAMA 

Share809ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In