fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Susut 1.55 Peratus Pada Tengah Hari

in Berita
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

KUALA LUMPUR, 9 Sept — Bursa Malaysia meneruskan aliran penyusutannya setakat tengah hari ini, diheret turun oleh aktiviti jualan ketara kaunter-kaunter penjagaan kesihatan yang didahului oleh Top Glove, IHH dan Hartalega.

Pada 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 23.61 mata atau 1.55 peratus kepada 1,495.71 daripada 1,519.32 sewaktu ditutup pada Selasa.

Indeks petunjuk utama itu dibuka pada paras 1,505.74 dan bergerak dalam jajaran 1,490.53 hingga 1,505.74.

Sentimen pasaran kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 879 berbanding 201 manakala 302 lain tidak berubah, 656 tidak didagangkan dan 22 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 4.62 bilion saham bernilai RM2.53 bilion.  

Seorang peniaga berkata laporan mengenai seorang sukarelawan mengalami penyakit yang tidak dijelaskan ketika sesi percubaan klinikal vaksin COVID-19, telah menyebabkan pelabur bertindak mengelak dan melepaskan saham penjagaan kesihatan.

Pada Selasa, syarikat farmaseutikal AstraZeneca dilaporkan berkata bahawa ia bertindak menghentikan ujian klinikal secara rambang membabitkan vaksin COVID-19 yang disifatkan sebagai tindakan rutin selepas salah seorang sukarelawan mengalami masalah kesihatan yang tidak dapat dijelaskan.

Menurut agensi berita AFP, syarikat itu yang dalam usaha membangunkan vaksin itu berserta pihak Universiti Oxford, merupakan di barisan hadapan dalam perlumbaan global untuk menghasilkan vaksin virus itu.

Dalam kalangan 30 kaunter berkaitan FBM KLCI, syarikat penjagaan kesihatan seperti Top Glove susut 45 sen kepada RM7.19, IHH berkurangan  27 sen kepada RM5.41 dan Hartalega susut 66 sen kepada RM12.94.

Kaunter bukan penjagaan kesihatan seperti Maybank pula turun 20 sen kepada RM7.30 manakala Axiata rugi 11 sen kepada RM3.11.

Kaunter paling rugi turut didahului oleh kaunter pengeluar sarung tangan termasuk Kossan yang merosot RM1.04 kepada RM11.46 manakala Supermax turun 63 sen kepada RM7.78.

F&N susut 56 sen kepada RM31.64, Petronas Dagangan merosot 50 sen kepada RM21.12 manakala Batu Kawan berkurangan 48 sen kepada RM15.08.

Bagi saham paling aktif, XOX susut 2.5 sen kepada 20.5 sen, Evergreen turun empat sen kepada 29.5 sen manakala Konsortium Transnasional meraih enam sen kepada 17 sen, Gets Global naik 26.5 sen kepada 93 sen dan Lambo tidak berubah pada 4.5 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas merosot 196.0 mata kepada 10,726.07 dan Indeks FBM Emas Syariah kehilangan 275.69 mata kepada 12,597.40.

FBM 70 merosot 352.77 mata kepada 13,756.98, Indeks FBMT 100 turun 195.36 mata kepada 10,541.38 manakala FBM ACE susut 163.71 mata kepada 10,227.01.

Mengikut sektor, Indeks Penjagaan Kesihatan susut 138.61 mata kepada 3,455.49, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 142.71 mata kepada 12,600.69, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri kehilangan 1.71 mata kepada 135.36 manakala Indeks Perladangan berkurangan 56.30 mata kepada 7,044.13.

— BERNAMA

Share234ShareSend

Related Posts

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

5 months ago
CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II
Berita

CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In