• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

AME Bina Kilang Pembuatan Ke-4 JSTAR Motion Di I-Park@Indahpura

in Catalyst
A A
AME Bina Kilang Pembuatan Ke-4 JSTAR Motion Di I-Park@Indahpura

Sumber Gambar : Website AME Construction

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) — Penyedia penyelesaian ruang perindustrian bersepadu AME Elite Consortium Bhd (AME) menggerakkan pengembangan Jstar Motion Sdn Bhd (Jstar Motion) dengan membina kilang pembuatan keempatnya di i-Park@Indahpura, Kulai, Johor.

AME dalam satu kenyataan hari ini berkata, kilang baharu itu bertujuan menampung peningkatan permintaan terhadap teknologi pintar yang digunakan dalam peralatan dan perkakasan di pejabat, kemudahan perubatan, industri dan rumah kediaman.

“AME telah menyiapkan dua kilang Jstar Motion di i-Park@Indahpura dalam separuh pertama 2020, dan menyiapkan kilang ketiga di taman perindustrian yang sama pada suku pertama 2021,” kata syarikat itu.

Pembinaan kilang keempat dengan kawasan binaan seluas 137,629 kaki persegi disasarkan bermula pada November 2020 dan siap pada Mei 2021.

Pelaburan tanah dan bangunan Jstar Motion di i-Park@Indahpura berjumlah lebih RM100 juta dan jumlah kawasan binaan pembuatan dianggarkan kira-kira 467,800 kaki persegi selepas pembinaan kilang keempat selesai.

Jstar Motion adalah anak syarikat Zhejiang Jiecang Linear Motion Technology Co, Ltd (Jiecang), yang berpangkalan di China, penyedia utama sistem gerakan linear bagi produk pintar dan ergonomik yang dibekalkan kepada syarikat dan jenama utama di seluruh dunia.

Produk Jiecang termasuk penggerak linear, bingkai, kawalan pintar dan aksesori dengan penggunaan meluas dalam bidang seperti pejabat pintar, penjagaan perubatan, penjagaan rumah dan industri pintar.

Pengarah Urusan Kumpulan AME Elite Consortium Bhd Kelvin Lee Chai berkata i-Park AME terus menarik pelaburan langsung asing daripada industri bernilai tinggi di seluruh dunia.

— BERNAMA

Share478ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In