fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

U Mobile Lancar Percubaan Langsung “Fast Forward With U Mobile 5G”

in Catalyst
A A
U Mobile Lancar Percubaan Langsung “Fast Forward With U Mobile 5G”

Sumber Gambar : Soyacincau

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Mah Sing Disenaraikan Di Fortune 500 Asia Tenggara Untuk Tahun Kedua Berturut-Turut

Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?

Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) — U Mobile melancarkan percubaan langsung “Fast Forward with U Mobile 5G” di Berjaya Times Square, membolehkan pelanggan merasai teknologi rangkaian 5G di pusat beli-belah itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Wong Heang Tuck berkata walaupun 5G belum dilaksanakan secara komersial, SIM U Mobile semuanya sedia 5G, membolehkan pelanggan merasai teknologi tersebut mulai hari ini.

“U Mobile adalah mengenai merealisasikan potensi pelanggan kami yang tidak terhad. Kami sentiasa membuat pembaharuan dan menjalankan pelbagai ujian untuk mencari cara baharu untuk meningkatkan pengalaman pelanggan kami.

“Fast Forward with U Mobile 5G merupakan antara inisiatif untuk kami ke arah masa depan untuk memberi peluang kepada pelanggan kami mempunyai pengalaman dunia sebenar,” katanya kepada pemberita pada pelancaran percubaan langsung itu di sini hari ini.

Beliau berkata percubaan itu turut memberi peluang kepada U Mobile untuk meraih pembelajaran utama bagi memastikan pelaksanaan yang lebih baik apabila 5G dilancarkan secara komersial di Malaysia.

“U Mobile telah mengembangkan dan meningkatkan rangkaian kami secara agresif dalam beberapa tahun ini dan setakat ini, kami mempunyai lebih 7,000 tapak 4G.

“Dari 2017 hingga 2020, kami telah melabur lebih RM5 bilion untuk meningkatkan bukan hanya rangkaian kami, tetapi pengalaman pelanggan kami secara keseluruhan,” katanya.

Sebagai permulaan, katanya pelanggan U Mobile akan dapat merasai rangkaian 5G menggunakan telefon pintar yang terpilih dan syarikat telekomunikasi terus bekerjasama dengan pengeluar telefon mudah alih supaya lebih banyak model dengan keupayaan 5G boleh didapati untuk pelanggan U Mobile tidak lama lagi.

Selain daripada percubaan langsung ini, Wong berkata sejak 12 bulan lepas, syarikat telekomunikasi itu turut menjalankan beberapa kes penggunaan sebagai sebahagian daripada projek demonstrasi 5G secara vertikal seperti penjagaan kesihatan, permainan maya dan pelancongan maya.

Bagi penjagaan kesihatan, katanya U Mobile telah mengadakan demonstrasi rundingan jarak jauh melalui kerjasama dengan MEDCOM dan DoctorOnCall, selain syarikat telekomunikasi itu bekerjasama dengan HTC Vive untuk melakukan demonstrasi permainan maya dan pelancongan maya.

U Mobile turut menceburi kes penggunaan untuk sektor pembuatan dengan menguji penyelesaian untuk pengecaman wajah Smart AI dan pengesanan haba di Hotayi Electronic di Pulau Pinang.

— BERNAMA

Share220ShareSend

Related Posts

Mah Sing Disenaraikan Di Fortune 500 Asia Tenggara Untuk Tahun Kedua Berturut-Turut
Catalyst

Mah Sing Disenaraikan Di Fortune 500 Asia Tenggara Untuk Tahun Kedua Berturut-Turut

19 hours ago
Untung Bersih Suku Kedua BAuto Melonjak Kepada RM65.67 Juta, Umum Dividen 3.50 Sen
Catalyst

Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?

5 days ago
Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta
Catalyst

Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta

5 days ago
VS Industry Raih Untung Bersih Lebih Rendah Sebanyak RM169.74 Juta
Catalyst

Ulasan Keputusan: VS Industry [12 Jun 2025]

5 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In