• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Trafik Penumpang MAHB Pulih 42 Peratus Secara Purata – Menteri Pengangkutan

in Catalyst
A A

Kredit Gambar : Website Malaysia Airports

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

SEPANG, 7 Sept (Bernama) — Lapangan terbang yang dikendalikan oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan secara beransur-ansur pada tahap 42 peratus secra purata sejak penularan COVID-19, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Pada bulan Mac ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama, ketibaan penumpang antarabangsa di lapangan terbang adalah pada sekitar dua peratus, manakala tiga peratus bagi ketibaan penumpang tempatan, katanya.

Beliau berkata pergerakan trafik penumpang pada bulan Julai dan Ogos masing-masing adalah sekitar 1.3 juta, berbanding pada Jun 2020, ia hanya sekitar 430,000 sahaja.

“Walaupun ini adalah petanda baik, ia akan mengambil masa sebelum kita dapat melihat jumlahnya naik sama seperti sebelum berlakunya pandemik itu,” kata Wee kepada pemberita selepas melancarkan platform e-dagang MAHB, shopMYairports untuk membantu perniagaan peruncit di lapangan terbang pulih semula akibat COVID-19.

MAHB menguruskan sebanyak 39 lapangan terbang di seluruh Malaysia dengan lima lapangan terbang antarabangsa, 16 lapangan terbang domestik dan 18 landasan pendaratan dan pelepasan jarak pendek (STOL).

Di platform e-dagang, Wee berkata ia menyediakan peruncit di lapangan terbang pendekatan yang lebih kreatif dan inovatif untuk perniagaan.

“Pendigitalan adalah perkara penting dalam menyesuaikan dalam persekitaran kebiasaan baharu untuk memudahkan pelanggan dan pada masa yang sama membeli-belah dengan selamat dan lancar tanpa sentuhan.

“Majoriti peruncit di lapangan terbang dikategorikan sebagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS),  justeru itu ia sangat penting untuk memberi sokongan kepada mereka dengan peralatan dan kemahiran yang sesuai dan juga bagi membantu mereka dengan pelan perniagaan untuk kelestarian jangka panjang,” katanya.

— BERNAMA

Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In