KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) — Iris Corporation Bhd (Iris) menerima surat hasrat (LOI) daripada India Security Press untuk mengeluarkan e-pasport India bernilai US$27.54 juta.
LOI itu termasuk perolehan 15 juta komponen tanpa sentuh elektronik mematuhi Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) bersama dengan sistem operasinya.
Terma penting LOI menyatakan Iris akan membekalkan sampel pra pengeluaran sebanyak 1,000 komponen dalam tempoh tiga bulan selepas LOI itu dikeluarkan, menurut Iris dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Terma lain termasuklah Iris diminta untuk memberikan deposit keselamatan/jaminan prestasi yang bersamaan dengan 10 peratus daripada nilai kontrak dalam tempoh 21 hari dari tarikh keluarnya LOI, katanya.
— BERNAMA