fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 24, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Fermpro Akan Tingkatkan Pengeluaran Ethanol

in Catalyst
A A
Fermpro Akan Tingkatkan Pengeluaran Ethanol

Sumber : Website Nylex

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Nylex (Malaysia) Bhd, Fermpro Sdn Bhd (Fermpro) akan meningkatkan kapasiti pengeluaran ethanolnya dengan tambahan lima juta liter setahun kepada jumlah keseluruhan sebanyak 10 juta liter setahun.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, ia berkata syarikat itu telah mendapat kelulusan daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan bagi memenuhi peningkatan pengeluaran dan akan melabur untuk pembinaan sebuah kilang pembuatan baharu.

“Pembinaan kilang pembuatan baharu itu dianggarkan menelan belanja sehingga RM20 juta dan dijangka siap dalam tempoh 18 bulan. Perluasan kapasiti pengeluaran akan dibiayai oleh dana yang dijana secara dalaman dan juga pinjaman bank, butirannya akan dimuktamadkan kelak,” katanya.

Setelah siap, kilang pembuatan baharu itu dijangka menyumbang kepada pendapatan kumpulan dan aset bersih sesaham mulai tahun kewangan 2023 dan tahun-tahun berikutnya.

Aktiviti utama Fermpro adalah pembuatan dan pemasaran ethanol, kebanyakannya digunakan dalam pembuatan cecair pembasmi kuman dan disinfektan, karbon dioksida (produk sampingan dalam pengeluaran ethanol) dan produk kimia lain yang berkaitan.

— BERNAMA

Share266ShareSend

Related Posts

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]
Asas Saham

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]

12 hours ago
AAB Akan Bayar RM8 Juta Kepada AAX Bagi Perjanjian Pajakan Tambahan Pesawat
Catalyst

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

1 day ago
Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas
Catalyst

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

1 day ago
Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih S1 Lebih Rendah Kepada RM30.37 Juta
Catalyst

Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih RM41.5 Juta Pada Suku Pertama

2 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In