• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Danga Heights, MCC Singapura Bakal Bangunkan Projek Bernilai RM8 BIL

in Catalyst
A A
Danga Heights, MCC Singapura Bakal Bangunkan Projek Bernilai RM8 BIL

Sumber Gambar : Website Iskandarwaterfront

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

JOHOR BAHRU, 7 Sept (Bernama) — Di sebalik kelembapan ekonomi dunia akibat pandemik COVID-19, Johor dilihat masih lagi berupaya untuk menarik pelaburan berskala besar daripada pelabur asing. 

Ini dapat dibuktikan dengan pemeteraian penjualan tanah secara maya antara anak syarikat Iskandar Waterfront Holdings (IWH)  iaitu Danga Heights Development (DHD) dengan MCC Singapura, subsidiari Global 500 – Metallurgical Corporationof China Ltd, yang berlangsung hari ini.

Melalui pemeteraian yang disaksikan oleh Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad itu, kedua-dua pihak komited untuk membentuk usaha sama bagi membangunkan 60 hektar tanah komersil di Skudai dalam tempoh 10 tahun kepada sebuah pembangunan bercampur yang mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM8 bilion.

Menurut Pengarah IWH Datuk Mohd Noorazam Osman, fasa pertama projek akan bermula pada awal tahun depan di kawasan tanah seluas 15.37 hektar, yang memiliki GDV sebanyak RM2.88 bilion.

“Hari ini, kami akan menyaksikan satu peristiwa penting memandangkan ini akan menjadi pelaburan hartanah utama yang pertama di Johor ketika negara dilanda wabak COVID-19. Oleh itu, kami berharap ia dapat menarik lebih ramai pelabur yang berpotensi untuk bekerjasama dengan IWH dan Johor secara keseluruhannya,” kata Norazam. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MCC Singapura, Tan Zhiyong berkata oleh kerana Malaysia mempunyai prospek yang cerah sebagai tempat yang ideal bagi pelaburan dan pembangunan, projek ini pasti akan membantu melakarkan pembangunan dan komitmen jangka panjang Kumpulan MCC di negara ini.

Dalam pada itu, Hasni dalam sidang media kemudiannya memberitahu pelaburan tersebut mencerminkan bahawa Johor masih merupakan destinasi pilihan pelabur dan ianya diharap dapat merancakkan semula pembangunan ekonomi negeri.

“Pelaburan seperti ini diibaratkan seperti ‘a breath of fresh air’ kerana kami telah menghadapi banyak cabaran dan bagi memulih serta merangsang aktiviti ekonomi, kerajaan negeri lebih daripada bersedia untuk bekerjasama dengan pelabur.

“Ini merangkumi infrastruktur jalan sedia ada, sekiranya terdapat keperluan untuk ditambah baik. Begitu kemudahan-kemudahan infrastruktur lain supaya pembangunan dirancang lebih menarik,” katanya. 

Turut hadir pada majlis pemeteraian itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang; Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor Mohd Izhar Ahmad dan Naib Pengerusi Eksekutif IWH Tan Sri Lim Kang Ho.

— BERNAMA 

Share240ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In