• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Pada Sesi Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) — Aktiviti jualan berterusan oleh para pelabur terutamanya membabitkan saham penjagaan kesihatan di celah-celah kekurangan pemangkin baharu, menyaksikan Bursa Malaysia merosot teruk pada sesi tengah hari ini.

Kaunter penjagaan kesihatan iaitu Top Glove dan Hartalega paling terjejas dalam kalangan 30 kaunter teratas berkaitan indeks.

Pada tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 15.23 mata, atau satu peratus kepada 1,501.15 daripada 1,515.38 ketika ditutup semalam.

Bagaimanapun ketika dibuka pada sesi pagi, indeks utama menokok 2.21 mata kepada 1,518.50 dan berlegar antara 1,498.07 dan 1,519.32 sepanjang sesi pagi.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran negatif yang mana saham rugi mengatasi untung dengan margin yang tinggi 866 berbalas 195 manakala 340 kaunter tidak berubah, 622 tidak diniagakan dan 23 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 5.70 bilion saham bernilai RM2.44 bilion.

Indeks Penjagaan Kesihatan menyaksikan kejatuhan terbesar sebanyak 158.43 mata kepada 3,585.31.

Indeks Perkhidmatan Kewangan menguncup 66.75 mata kepada 12,588.54, Indeks Perladangan menyusut 38.95 mata kepada 7,050.59 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.29 mata kepada 135.48.

Dalam nota penyelidikannya hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd berkata kekurangan petunjuk baharu menyebabkan para pelabur menjauhi pasaran kerana pengumuman pendapatan korporat baru-baru ini hanya memberikan sedikit hala tuju akan prospek pemulihan ekonomi.

“Buat masa ini, kami berpendapat bursa akan bertahan pada paras yang ada sekarang ini.

“Pada masa sama, sentimen negatif pasaran menghalang kemampanan momentum perdagangan yang memberangsangkan kerana para peniaga akan berhadapan dengan tarikh akhir pinjaman moratorium,” katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Top Glove susut 41 sen kepada RM7.87, Hartalega merosot lima sen kepada RM13.50, Petronas Gas jatuh 12 sen kepada RM16.62 sementara Petronas Chemicals dan Maxis, masing-masing merosot enam sen kepada RM5.52 dan RM5.04.

Waran Supermax terus menguasai senarai saham paling rugi sementara Supermax juga berada dalam kalangan saham rugi, susut 66 sen kepada RM8.34.

Saham lain yang turut mencatatkan kerugian termasuk Kossan, menyusut  88 sen kepada RM12.82, Nestle jatuh RM1.80 kepada RM139.20, KLK berkurangan 42 sen kepada RM22.58 dan Greatech lebih rendah 32 sen kepada RM6.23.

Saham paling cergas, Fintec lemah dua sen kepada 11.5 sen, XOX lega setengah sen kepada 22.5 sen sementara Evergreen naik 8.5 sen kepada 34.5 sen, Nova MSC menokok satu sen kepada 12 sen dan Pegasus Heights tidak berubah pada tiga sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas pada 10,815.97 dan Indeks FBM Emas Shariah kerugian 188.29 mata kepada 12,765.92.

Indeks FBM 70 jatuh 253.56 mata kepada 14,039.73, Indeks FBMT 100 129.04 mata lebih rendah pada 10,624.22 dan FBM ACE berkurangan kepada 233.06 mata kepada 10,440.96.

— BERNAMA 

Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In