fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 17, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia meningkat semula daripada penyusutan awalnya untuk ditutup pada paras tertinggi harian hari ini, didorong oleh aktiviti belian saham berkaitan indeks tertentu pada saat-saat akhir.

Pada 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup dengan menokok 2.94 mata atau 0.19 peratus lebih tinggi kepada 1,519.32 berbanding 1,515.38 sewaktu ditutup pada Isnin.

Indeks penanda aras itu menokok 2.21 mata kepada 1,518.50 sewaktu pasaran dibuka dan bergerak pada jajaran 1,494.19 hingga 1,519.32 sepanjang dagangan hari ini.

Bagaimanapun, sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 867 berbanding 309 manakala 329 kaunter lain tidak berubah, 518 tidak didagangkan dan 23 lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 9.03 bilion saham bernilai RM4.57 bilion daripada 6.97 bilion saham bernilai RM3.42 bilion pada Isnin.

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengurus Dana Areca Capital Sdn Bhd Danny Wong Teck Meng berkata belian pada saat-saat akhir dalam saham wajaran tinggi seperti IHH, Maybank, Axiata dan Tenaga oleh kalangan pelabur institusi terbukti membantu menyokong peningkatan indeks untuk ditutup lebih tinggi.

“Bagaimanapun, sentimen pasaran masih lagi negatif. Lazimnya, September merupakan bulan yang lengang untuk FBM KLCI apabila pelabur memilih untuk berada di luar dan menunggu beberapa pengumuman dalam minggu-minggu akan datang, termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) dan kenyataan dasar monetari oleh bank pusat Eropah,” katanya kepada Bernama.

Selain itu, Wong berkata kalangan peniaga juga masih menunggu lebih banyak pemangkin daripada Belanjawan 2021 yang dijadual dibentangkan pada November ini serta melihat sama ada bon-bon Malaysia masih kekal dalam Indeks Bon Kerajaan Dunia (WGBI) FTSE Russell pada September ini.

“Bagi saya, tindakan penjualan saham yang ketara baru-baru ini adalah langkah pembetulan yang sihat kerana membolehkan lebih banyak peserta menyertai pasaran ekuiti,” katanya.

Sewaktu ditutup, saham wajaran tinggi IHH naik 39 sen kepada RM5.68, Maybank menokok 24 sen kepada RM50, Axiata untung 19 sen kepada RM3.22, Tenaga naik 26 sen kepada RM11.32 dan Petronas meraih 86 sen kepada RM21.68.

Kaunter paling untung menyaksikan Nestle melonjak RM1.10 kepada RM 42.10, F&N menambah 58 sen kepada RM32.20 manakala Batu Kawan naik 36 sen kepada RM15.56.

Kaunter paling rugi didominasi oleh pengeluar sarung tangan getah didahului oleh Kossan yang susut RM1.20 kepada RM 7.64, Top Glove rugi 64 sen kepada RM 40, Hartalega berkurangan 40 sen kepada RM13.60 dan Supermax turun 59 sen kepada RM8.41.

Saham aktif menyaksikan Fintec turun satu sen kepada 12.5 sen, Evergreen naik 7.5 sen kepada 33.5 sen manakala Pegasus Heights, Trive Property dan XOX masing-masing tidak berubah pada tiga sen, dua sen dan 23 sen.

Di papan indeks pula Indeks FBM Emas susut 25.55 mata kepada 10,922.07 dan Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 81.11 mata kepada 12,873.10.

FBM 70 turun 183.53 mata kepada 14,109.76, Indeks FBMT 100 Indeks susut 19.52 mata kepada 10,733.74 dan FBM Ace berkurangan 283.30 mata kepada 10,390.72.

Mengikut sektor, indeks penjagaan kesihatan menyaksikan kejatuhan paling ketara apabila kehilangan 149.64 mata kepada 3,594.10.

Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat semula dengan menambah 88.11 mata kepada 12,743.40, Indeks Perladangan naik 10.89 mata kepada 7,100.43 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri naik 0.30 mata kepada 137.07.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 5.32 bilion saham bernilai RM 3.61 bilion daripada 4.24 bilion saham bernilai RM2.71 bilion pada Isnin.

Waran mengukuh kepada 810.98 juta unit bernilai RM200.53 juta berbanding 567.18 juta unit bernilai RM131.91 juta, sebelum ini.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE juga meningkat kepada 2,89 bilion saham bernilai RM754.75 juta berbanding 2.15 bilion saham bernilai RM577.31 juta sebelum ini.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sejumlah 841.65 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama manakala produk industri dan perkhidmatan (1.83 bilion), pembinaan (437.490 juta), teknologi (650.22 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (47.56 juta), hartanah (773.430 juta), perladangan (52.980 juta), REIT (9.90 juta 0,000), dana tertutup (100), tenaga (380.28 juta), penjagaan kesihatan (171.11 juta), telekomunikasi dan media (48.39 juta), pengangkutan dan logistik (54.030 juta) dan utiliti (20.27 juta).

— BERNAMA

Share213ShareSend

Related Posts

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In