• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka kukuh hari ini berikutan sentimen pasaran secara keseluruhannya menjadi positif, sejajar dengan prestasi bursa serantau.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.12 mata kepada 1,516.50 daripada 1,515.38 semasa ditutup pada Isnin.

Indeks utama naik 2.21 mata kepada 1,518.50 pada pembukaan.

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 241 berbanding 125, manakala  306 kaunter tidak berubah, 1,351 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 342.32 juta saham bernilai RM125.09 juta.

Di peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura naik 0.23 peratus kepada 2,516.99, Nikkei Jepun meningkat 0.24 peratus kepada 23,144.93 dan Indeks Komposit Kospi Korea Selatan menambah 0.75 peratus kepada 2,402.02.

Walaupun menjangka bursa tempatan akan mencatat peningkatan semula daripada penurunan baru-baru ini, Rakuten Trade Sdn Bhd mengingatkan bahawa sentimen pada sepanjang hari mungkin terjejas oleh jualan dalam saham permodalan kecil semalam. 

“Oleh itu, kami menjangka pelabur akan terus berhati-hati. 

“Bagi FBM KLCI, kami percaya ia akan berada dalam julat 1,510-1,520 sekali lagi,” katanya dalam nota hari ini.

Peningkatan dalam kalangan saham wajaran tinggi sebahagian besarnya disokong oleh Sime Darby Plantation yang naik tiga sen kepada RM5.10, manakala Axiata menambah dua sen kepada RM3.05, KLCC meningkat lapan sen kepada RM7.97, Hong Leong Financial menokok 10 sen kepada RM13.94 dan CIMB naik satu sen kepada RM3.25.

Daripada saham cergas, Nova MSC dan Iris, masing-masing meningkat dua sen kepada 13 sen dan 38.5 sen, SYF menokok tiga sen kepada 32.5 sen, DPS menambah 1.5 sen kepada 13 sen manakala Luster susut setengah sen kepada 12 sen.

Kaunter paling untung Comfort Glove meningkat 13 sen kepada RM4.26 manakala kaunter paling rugi Top Glove merosot 16 sen kepada RM8.12.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 2.97 mata kepada 10,950.59, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 2.89 mata kepada 12,957.10 dan FBM ACE menambah 61.98 mata kepada 10,736.0.

Indeks FBMT 100 susut 0.79 mata kepada 10,752.47 dan FBM 70 merosot 7.37 mata kepada 14,285.92.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 5.44 mata kepada 12,660.73, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.21 mata kepada 136.98 dan Indeks Perladangan menokok 19.08 mata kepada 7,108.62.

— BERNAMA 

Share234ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In