fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Sektor Pembuatan Malaysia Semakin Stabil — Penganalisis

in Berita
A A
Sektor Pembuatan Malaysia Semakin Stabil — Penganalisis

Sumber Gambar : Facebook AmBankMalaysia

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) — Pembukaan semula perniagaan berikutan usaha Malaysia mengawal penularan COVID-19 dan seterusnya memacu kembali ekonomi, terbukti membantu aspek kadar pengangguran yang lebih baik selepas susut secara ketara pada suku kedua tahun ini.

Pemulihan itu jelas dipaparkan menerusi data eksport lebih baik sebagaimana prestasi Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan (PMI) yang diumumkan pada minggu lepas.

Namun, apakah kita benar-benar menuju ke arah pemulihan berbentuk V?

Penganalisis Ambank Anthony Dass berkata data pembuatan IPP pada Ogos lepas menunjukkan aktiviti sektor itu susut sedikit kepada 49.3 berbanding 50.0 pada Julai – penurunan daripada paras nilai ambang antara pengembangan dan penguncupan.

Ini disebabkan oleh kelemahan permintaan asing dan kekal menjadi punca penyederhanaan aktiviti-aktiviti perniagaan pada Ogos dengan usaha syarikat-syarikat bagi mengurangkan paras pekerja.

“Secara keseluruhannya, sektor pembuatan menuju ke arah stabil dengan petunjuk-petunjuk utama seperti output dan tempahan baharu yang mendapat lebih ketara berbanding ketika kemuncak pandemik COVID-19 pada April dan Mei.

“Bagaimanapun, kesan daripada langkah-langkah ketat yang sedang dijalankan, penyusutan permintaan pasaran asing dan kebimbangan mengenai gelombang kedua (jangkitan COVID-19) terus mengehadkan prestasi sektor tersebut.

“Sehubungan itu, penilaian mengenai kemungkinan aliran pengeluaran itu masih perlu dilihat secara berhati-hati,” katanya.

Sementara itu, Public Investment Bank Bhd pula berpendapat PMI Malaysia yang dicatatkan itu memaparkan aliran menggalakkan pada Ogos di tengah-tengah persekitaran operasi pembuatan yang stabil pasca pembukaan semula ekonomi di Malaysia serta rantau ini.

Bagaimanapun, lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga akhir tahun ini dijangka tidak menjejaskan sektor pembuatan berikutan kerajaan telah membenarkan operasi dan aktiviti dengan melaksanakan prosedur operasi standard yang ketat.

“Keadaan ini kurang memberi risiko kepada sektor pembuatan berbanding dengan cabaran ketara yang dihadapi kalangan negara-negara maju,” katanya dalam nota penyelidikan.

Melihat dari sudut perspektif global pula, ekonomi secara amnya semakin beransur-ansur meningkat dengan harapan pemulihan yang lebih ketara.

Menurut laporan, aktiviti ekonomi China terus melantun pada Ogos dengan industri perkhidmatan di tahap tertinggi sejak awal 2018 manakala industri pembuatan mencatat perkembangan yang sedikit perlahan.

Sektor bukan pembuatan republik itu meningkat kepada 55.2 berbanding 54.2 pada Julai lepas, demikian menurut Biro Statistik Negara (NBS) China pada Isnin lepas.

PMI rasmi China menyederhana kepada 51 daripada 51.1 bagi bulan sebelumnya, kata jabatan itu. 

Bacaan melebihi 50 menunjukkan keadaan bertambah baik berbanding bulan sebelumnya.

Bagi sektor perkhidmatan, China telah menyaksikan pemulihan yang kukuh dengan eksport lebih baik bagi industri berkenaan ketika kerajaan mengambil langkah melonggarkan langkah mengawal virus manakala lebih banyak subsektor seperti panggung wayang dibuka semula.

Bagaimanapun, kalangan penganalisis enggan bersikap positif pada masa ini apabila terus menyuarakan kebimbangan mengenai kemungkinan berlakunya lonjakan kes jangkitan susulan kehadiran musim sejuk sepertimana peringatan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Di peringkat Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata negara telah mengambil langkah yang tepat dengan bertindak menyekat kemasukan warga Indonesia, Filipina dan India berikutan kebanyakan kes import adalah dari negara asing.

“Penyakit saluran pernafasan termasuk jangkitan paru-paru lazimnya lebih banyak dilaporkan sepanjang musim sejuk berbanding dengan musim-musim lain. 

“Situasi ini membimbangkan kerana kebanyakan kes COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia sejak mutakhir ini adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, meskipun mereka dikuarantin di pusat kuarantin sejurus memasuki Malaysia,” kata beliau pada Selasa.

— BERNAMA

Share206ShareSend

Related Posts

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

5 months ago
CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II
Berita

CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In