KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) — Kebanyakan firma penyelidikan kekal positif terhadap tinjauan industri minyak dan gas (O&G) tempatan.
Ini meskipun dengan situasi tidak menentu harga-harga minyak mentah dan keputusan suku kedua yang kurang memberangsang dicatatkan oleh beberapa syarikat O&G yang tersenarai, termasuk Petronas.
Bergerak ke hadapan, Kenanga Research berkata ia hampir pasti bahawa separuh kedua tahun ini akan menyaksikan keputusan yang lebih baik berbanding separuh pertama, disokong oleh kenaikan semula harga minyak mentah selepas bulan April 2020 dan pelonggaran sekatan perintah kawalan pergerakan (PKP).
Bagaimanapun, tahap pengeluaran dan aktiviti mungkin masih belum boleh kepada kembali ke paras sebelum pandemik sekurang-kurangnya untuk tempoh 12-18 bulan akan datang, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
“Memandangkan syarikat kini perlu melaksanakan langkah-langkah penjimatan kos dalam usaha memenuhi kewajipan membayar semula hutang, kami turut meramalkan lebih banyak rosot nilai, pelupusan, pembiayaan semula serta aktiviti penggabungan dan pengambilalihan dalam lingkungan sektor,” katanya.
Kenanga Research telah mengekalkan saranan “neutral” ke atas sektor ini.
Sementara itu, Maybank Investment Bank pula mengekalkan saranan positif untuk sektor ini memandangkan keputusan kewangan suku kedua 2020 Petronas yang lemah telahpun dijangkakan, sama seperti syarikat minyak global yang lain.
“Berikutan tinjauan tidak menentu ini, ia mungkin tidak dapat memenuhi komitmen dividen sebanyak RM24 bilion untuk tahun 2020. Petronas tidak akan memberhentikan pekerjanya tetapi tetapi pemotongan gaji akan dilaksanakan secara menyeluruh,” katanya.
— BERNAMA