• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Eksport Kayu Malaysia Berjumlah RM22.5 Bilion Tahun Lepas – Khairuddin

in Catalyst
A A
Eksport Kayu Malaysia Berjumlah RM22.5 Bilion Tahun Lepas – Khairuddin

Sumber Gambar : Bernama

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

JEMPOL, 7 Sept (Bernama) — Malaysia mengeksport sebanyak RM22.5 bilion produk berasaskan kayu pada tahun lepas, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Beliau berkata daripada jumlah itu, produk perabot merupakan produk tertinggi yang bernilai RM9.14 bilion, diikuti produk papan lapis sebanyak RM3.40 bilion dan kayu gergaji iaitu RM3.37 bilion.

“Kita juga berharap nilai eksport pada tahun ini akan meningkat sekurang-kurangnya sama seperti tahun lepas atau lebih lagi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Perladangan Komuniti negeri di Batu Kikir, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Pekilang Panel Malaysia (MPMA) Datuk Wira Sheikh Othman Rahman, Pengarah Urusan Plus Intervest Datuk Chua Hock Gee, Pengerusi Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) Mazli Zakuan Mohd Noor dan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Dr Khali Aziz Hamzah.

Mengenai program berkenaan, Mohd Khairuddin berkata ia bertujuan memperbanyakkan lagi bekalan kayu spesis hutan yang kian menyusut menerusi konsep perladangan selain membantu meningkatkan pendapatan golongan B40.

“Program yang diadakan hari ini bertujuan memberi pengenalan berkaitan spesis-spesis pokok yang mengalami pertumbuhan cepat seperti Batai dan Eucalyptus (pokok kayu putih). Program ini dilaksanakan bagi memastikan kelestarian bahan mentah kayu terus mampan serta mengurangkan kebergantungan sumber daripada hutan asli.

“Ladang komuniti yang bakal diwujudkan ini bakal memberikan keuntungan kepada pelbagai pihak terutamanya golongan B40. Tanah-tanah terbiar, meskipun dalam saiz kecil, dapat dioptimumkan dan diberi nilai tambah apabila terhasilnya ladang komuniti ini,” katanya.

Menurut Mohd Khairuddin, jaminan belian balik dapat membantu dan meningkatkan pendapatan golongan B40 secara konsisten,” katanya sambil memaklumkan, projek berkenaan melibatkan 20 peserta.

Beliau berkata sejak 2016, FRIM dengan kerjasama MPMA dan Plus Intervest telah menjalankan pelbagai kajian untuk menentukan spesis hutan yang boleh diladangkan dan dituai dalam tempoh kurang enam tahun.

Mohd Khairuddin berkata pokok Eucalyptus menghasilkan kayu yang berat, kuat dan tahan lasak sekali gus menjadikannya sebagai sumber kayu paling bernilai di dunia serta membekalkan bahan mentah berkualiti tinggi untuk pulpa, kertas dan tenaga.

Katanya, perladangan Eucalyptus dijangka dapat memenuhi permintaan bahan mentah balak pada masa hadapan.

— BERNAMA

Share224ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In