fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 24, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Selepas Alami Pembetulan Selama Seminggu

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Pada Awal Dagangan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah seketika pagi ini sebelum melantun semula untuk bergerak tinggi dengan para pelabur kembali ke pasaran selepas berlakunya pembetulan harga minggu lepas.

 Pembetulan dalam pasaran berlaku berikutan penjualan atau pembelian alatan kewangan secara berlebihan dalam masa tertentu. 

Pada pukul 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat sedikit sebanyak 0.57 mata kepada 1,516.43 daripada 1,515.86 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.

Indeks utama lega 1.23 mata kepada 1,514.63 ketika dibuka awal pagi ini.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran positif dengan saham untung mengatasi rugi 234 berbalas 202 manakala 291 kaunter tidak berubah, 1,309 tidak diniagakan dan 36 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 404.16 juta saham bernilai RM140.22 juta.

Minat belian turut dilihat pada saham berharga rendah dan saham permodalan pasaran kecil dengan FBM ACE melonjak 100.04 mata kepada 10,906.09 dan Indeks Permodalan Kecil FBM (FBMSCAP) mengukuh 21.90 mata kepada 13,698.19.

Rakuten Trade Sdn Bhd menjangkakan pasaran serantau, termasuk Bursa Malaysia akan meningkat pagi ini selepas mengalami pembetulan selama seminggu sebelum ini.

“Di pasaran domestik, kami meramalkan FBM KLCI akan stabil tetapi lebih menjurus kepada aliran menaik untuk menguji paras 1,520 hari ini, manakala paras sokongan berterusan ialah pada paras 1,510,” katanya dalam satu nota hari ini.

Wall Street ditutup sempena Hari Pekerja hari ini, tambahnya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Top Glove menambah lima sen kepada RM8.43, Maybank naik tiga sen kepada RM7.24, Petronas Gas lebih tinggi 10 sen kepada RM17.46, kumpulan PPB mengembang lapan sen kepada RM18.68 dan Axiata meraih satu sen kepada RM3.02.

Saham-saham paling cergas, JCY meningkat 4.5 sen kepada 81 sen, Inix lebih kukuh 3.5 sen kepada 38.5 sen, Permaju-PA naik setengah sen kepada 7.5 sen dan Fintec serta Vortex, masing-masing meningkat setengah sen kepada 15 sen dan 8.5 sen.

Saham paling untung, Allianz meraih 18 sen kepada RM13.88, Kossan mengukuh 16 sen kepada RM13.56, Ipmuda meningkat 15.5 sen kepada 45 sen, Comfort mengembang 13 sen kepada RM4.22 dan Ho Wah Genting menokok 10.5 sen kepada 95 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 14.07 mata kepada 10,986.37, Indeks FBMT 100 meningkat 7.85 mata kepada 10,778.39 dan FBM 70 mengukuh 25.12 mata kepada 14,423.30.

Indeks FBM Emas Shariah pula menokok 16.21 mata kepada 13,026.03.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh 16.06 mata kepada 12,653.92 manakalan Indeks Perladangan menyusut 5.85 mata kepada 7,057.40 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lega 0.10 mata kepada 136.83.

— BERNAMA

Share217ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Pada Awal Dagangan

16 hours ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 days ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Market Update

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

2 days ago
Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan
Catalyst

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In