• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Lebih Rendah Kerana Kekurangan Petunjuk Baharu

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi awal dagangan lebih rendah hari ini kerana kekurangan petunjuk baharu yang boleh membantu menolak naik pasaran.

Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks penanda utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) lega 0.53 mata kepada 1,515.33 daripada 1,515.86 ketika ditutup pada Jumaat.

Indeks utama turun 1.23 mata ketika dibuka pagi ini dan berlegar antara 1,513.45 dan 1,520.89 sepanjang sesi pagi.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung 567 berbalas 420 manakala 352 kaunter tidak berubah, 697 tidak diniagakan dan 36 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah sebanyak 3.77 bilion saham bernilai RM1.72 billion.

Waran Supermax mengungguli saham paling rugi, menguasai enam daripada 10 kaunter teratas termasuk Supermax yang menyusut 30 sen kepada RM9.30 disebabkan terutamanya oleh tekanan jualan.

Saham-saham lain yang mencatatkan kerugian ialah Allianz-PA jatuh 70 sen kepada RM13.90, MPI merosot 50 sen kepada RM17.80 dan Thong Guan lemah 29 sen kepada RM5.15.

Dalam notanya hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd berkata selepas menunjukkan prestasi kurang memberangsangkan minggu lepas, situasi tidak menentu dijangka kekal di bursa tempatan.

Ia menambah yang bursa tempatan akan menjadikan sebarang potensi pemulihan sebagai ukuran berikutan kekurangan petunjuk baharu.

“Kami juga mengambil sikap berhati-hati dengan kejatuhan aktiviti dagangan kerana ini menunjukkan para pelabur cenderung menjauhkan diri daripada mengambil risiko untuk sementara waktu,” tambahnya.

Bagaimanapun, firma broker itu menjangkakan belian selektif akan diutamakan di celah-celah situasi tidak menentu dengan tumpuan kepada saham perladangan yang mana harga minyak sawit mentah terus meningkat sementara program biodiesel B40 Indonesia berjalan lancar.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Tenaga susut 12 sen kepada RM11.04, Public Bank merosot empat sen kepada RM15.96 manakala Maybank menokok empat sen kepada RM7.25, Top Glove naik satu sen kepada RM8.39 dan Hartalega mengukuh lapan sen kepada RM14.08.

Saham paling cergas pula, JCY menambah 4.5 sen kepada 81 sen, Ekovest  meningkat lima sen kepada 53.5 sen, SYF naik 4.5 sen kepada 23 sen sementara Fintec susut satu sen kepada 14.5 sen dan Permaju tidak berubah pada 44 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 12.20 mata kepada 10,960.10, Indeks FBMT 100 berkurangan 9.97 mata kepada 10,760.57 dan FBM 70 menyusut 37.68 mata kepada 14,360.49.

Indeks FBM Emas Shariah lebih rendah 30.32 mata kepada 12,979.50 tetapi FBM ACE mengukuh 51.20 mata kepada 10,857.25.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh Sector-wise, the Financial Services Index strengthened 8.80 points to 12,646.66, the Plantation Index improved 23.49 points to 7,086.74 but the Industrial Products and Services Index inched down 0.13 of-a-point to 136.80.

— BERNAMA

Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In