fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 24, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Ditutup Tinggi Berikutan Pembelian Pada Saat Akhir

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Pada Awal Dagangan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit hari ini berikutan pembelian pada saat-saat akhir di kaunter berkaitan indeks terpilih.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.52 mata atau 0.034 peratus untuk ditutup kepada 1,516.38 daripada 1,515.86 ketika ditutup Jumaat lepas, diniagakan mendatar untuk sepanjang hari.

Penunjuk utama itu dibuka 1.23 mata kepada 1,514.63 dan berlegar antara 1,507.57 dan 1,514.63 sepanjang hari.

Di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 765 kepada 361, manakala 357 kaunter tidak berubah, 553 tidak diniagakan dan 36 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 6.97 bilion saham bernilai RM3.42 bilion daripada 7.04 bilion saham bernilai RM4.08 bilion pada Jumaat lepas.

Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Sdn Bhd, Kenny Yee berkata bursa tempatan kekal dalam mod konsolidasi berikutan prestasi suram Wall Street pada minggu lepas. 

“Sentimen pelabur masih lemah kerana kekurangan pemangkin baharu selepas penjualan di Wall Street pada Jumaat lepas,” katanya kepada Bernama.

Wall Street ditutup pada Jumaat lepas berikutan sambutan Hari Buruh.

Sementara itu, Penganalisis Kanan Pasaran Asia Pasifik OANDA, Jeffrey Halley berkata prestasi Bursa Malaysia adalah ‘baik’ berbanding bursa serantau.

Di pasaran lebih meluas, beliau berkata sektor tenaga dan teknologi mendahului penurunan itu dan ia tidak mengejutkan berikutan saham teknologi Amerika Syarikat dalam keadaan tidak menggalakkan ketika mengakhiri minggu sebelumnya, manakala penanda aras penjualan minyak mentah Brent berterusan di Asia hari ini.

Kedua-duanya menolak kemungkinan bahawa impak potensi pelarasan Kadar Dasar Semalaman yang akan diumumkan pada Khamis, kerana mereka yakin pelabur telah mengambil kira keputusan Bank Negara Malaysia sama ada mengekalkan 1.75 peratus atau mengurangkannya sebanyak 25 mata asas.

Pada penutup, saham wajaran tinggi Maybank dan Maxis masing-masing menambah lima sen kepada RM7.26 dan RM5.10, KLK meningkat 44 sen kepada RM23.00, Nestle melonjak RM1.40 kepada RM141.00 dan IOI Corp tinggi lima sen kepada RM4.45.

Daripada saham paling aktif, JCY naik tiga sen kepada 79.5 sen, SYF meningkat 11 sen kepada 29.5 sen, Ekovest menambah 3.5 sen kepada 52 sen, manakala Fintec berkurangan dua sen kepada 13.5 sen dan XOX rendah satu sen kepada 23 sen.

Waran Supermax terus menguasai senarai kaunter paling rugi, mewakli lima daripada 10 kaunter rugi.

Senarai itu termasuk Supermax yang merosot 60 sen kepada RM9.00, Allianz jatuh 70 sen kepada RM13.90, MPI berkurangan 48 sen kepada RM17.82 dan Pharmaniaga turun 38 sen kepada RM4.66.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 24.68 mata kepada 10,947.62, Indeks FBMT 100 rendah 17.28 mata kepada 10,753.26 dan FBM 70 turun 104.89 mata kepada 14,293.29.

Indeks FBM Emas berkurangan kepada 55.61 mata kepada 12,954.21 dan FBM ACE turun 132.03 mata kepada 10,674.02.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 17.43 mata kepada 12,655.29, Indeks Perladangan naik 26.29 mata kepada 7,089.54 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.16 mata kepada 136.77.

Jumlah dagangan di pasaran Utama meningkat kepada 4.24 bilion saham bernilai RM2.71 bilion berbanding 3.78 bilion saham bernilai RM3.16 bilion pada Jumaat lepas.

Bagaimanapun, jumlah dagangan waran berkurangan kepada 567.18 juta unit bernilai RM131.91 juta daripada 699.50 juta unit bernilai RM209.20 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE turut berkurangan kepada 2.15 bilion saham bernilai RM577.31 juta berbanding 2.56 bilion saham bernilai RM707.46 juta sebelum ini.

Produk pengguna dan perkhidmatan menyumbang 955.29 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (967.86 juta), pembinaan (687.51 juta), teknologi (550.62 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (33.0 juta), hartanah (391.67 juta), perladangan (61.92 juta), REIT (6.33 juta), dana tertutup (4,500), tenaga (394.56 juta), penjagaan kesihatan (80.41 juta), telekomunikasi dan media (49.70 juta), pengangkutan dan logistik (50.78 juta) dan utiliti (17.49 juta).

— BERNAMA

Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Pada Awal Dagangan

16 hours ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 days ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Market Update

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

2 days ago
Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan
Catalyst

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In