• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Ambil Tahu 11 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham Takaful Malaysia (Edisi: 2020)

in Fundamental Analisis
A A
Ambil Tahu 11 Perkara Ini  Sebelum Nak Melabur Saham Takaful Malaysia (Edisi: 2020)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (KLSE: 6139) (Takaful Malaysia) bermula operasinya pada tahun 1985 dan kini, ia telah berkembang menjadi antara satu syarikat takaful yang terbesar di Malaysia dengan nilai pasarannya sejumlah RM 3.92 bilion. Di sini, saya akan memberi rumusan tentang prestasi kewangannya dan penilaian sahamnya terkini berdasarkan RM 4.74, iaitu harga semasanya.

Jom, mari kita lihat 11 perkara ini sebelum melabur saham Takaful Malaysia:

1. Sumber Pendapatan

Pada 2019, Takaful Malaysia telah mencatat RM 3.12 bilion di dalam perolehan. Ia dijanakan daripada tiga sumber pendapatan, iaitu:

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

2. Sumber Pendapatan 1: Takaful Keluarga

Dari nota 1, Takaful Keluarga merupakan penyumbang rezeki yang terbesar bagi Takaful Malaysia. Segmen ini telah berjaya mencapai CAGR sebanyak 11.13% di dalam perolehan, menaik dari RM973.0 juta pada tahun 2012 kepada RM2.04 bilion pada tahun 2019. Ini merupakan hasil daripada peningkatan jualan untuk produk takaful keluarga di dalam masa tersebut.

Chart

3. Sumber Pendapatan 2: Takaful Am

Segmen ini mencapai CAGR sebanyak 8.78% di dalam perolehan. Ia meningkat daripada RM401.4 juta pada tahun 2012 kepada RM723.6 juta pada tahun 2019.

Chart

4. Pendapatan daripada Pelaburan

Segmen ini mencapai CAGR sebanyak 6.59% di dalam perolehan. Ia meningkat daripada RM233.1 juta pada tahun 2012 kepada RM364.3 juta pada tahun 2019. Kenaikan ini adalah hasil daripada penambahan aset pelaburan Takaful Malaysia, seperti other investments, loans & receivables, dan cash & cash equivalents pada masa tersebut. Aset pelabuaran syarikat meningkat daripada RM5.06 bilion pada tahun 2012 kepada RM 8.29 bilion pada tahun 2019.

Chart

5. Keputusan Kewangan 8 Tahun Terkini

Dari nota 2-4, Takaful Malaysia telah mencatat peningkatan perolehan daripada semua tiga segmen yang disebut atas. Secara keseluruhannya, Takaful Malaysia telah merekodkan CAGR sebanyak 9.96% di dalam perolehan pada tahun 2019. Ia telah meningkat daripada RM1.61 bilion pada tahun 2012 kepada RM3.12 bilion pada tahun 2019.

Pada masa tersebut, ia telah mencapai CAGR sebanyak 20.10% di dalam untung bersih. Ia meningkat daripada RM101.2 juta pada tahun 2012 kepada RM364.8 juta pada tahun 2019. Selain dari peningkatan perolehan, ia telah menambah baik nisbah keuntungan bersih (net profit margin) daripada 6.30% pada tahun 2012 kepada 11.68% pada tahun 2019.

6. Return on Equity (ROE)

Takaful Malaysia telah mencapai ROE purata berjumlah 25.60% setahun di dalam 8 tahun tersebut. ini membawa maksud bahawa syarikat telah menjana RM25.60 di dalam keuntungan bersih daripada setiap RM100.00 ekuiti pemegangan saham dalam masa 8 tahun tersebut.

7. Prestasi Kewangan 12 Bulan Terkini

Takaful Malaysia telah menjana sebanyak RM3.12 bilion dan RM369.30 juta di dalam perolehan dan untung bersih atau bersamaan keuntungan sebanyak 44.75 sen sesaham (EPS).

Chart

8. Siapa Pemilik Utama Takaful Malaysia?

Pada 21 Februari 2020, 5 pemilik utama Takaful Malaysia adalah:

9. P/E Ratio

Pada 17 Ogos 2020, harga saham Takaful Malaysia adalah RM4.74 seunit. Jadi, P/E Ratio terkini adalah 10.59 jika dibandingkan dengan EPS-nya bagi 12 bulan terkini sebanyak 44.75 sen. Jika kita bandingkan dengan P/E Ratio tahun-tahun yang lepas (2012 – 2019), P/E Ratio terkini adalah terendah dalam tempoh 5 tahun tersebut.

P/E Ratio Terkini

= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini

= RM 4.74 / RM 0.4475

= 10.59

10. P/B Ratio

Pada 31 Mac 2020, Takaful Malaysia telah merekodkan sebanyak RM1.59 di dalam aset bersih bagi sesaham. Jadi, P/B Ratio-nya terkini adalah 2.98. Kalau kita bandingkan ia dengan P/B Ratio syarikat pada tahun-tahun yang lepas (2011 – 2019), Nisbah P/B Ratio terkini adalah terendah dalm tempoh 5 tahun tersebut.

P/B Ratio Terkini

= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham

= RM 4.74 / RM 1.59

= 2.98

11. Kadar Dividen

Takaful Malaysia telah membayar sebanyak 20.00 sen dividen sesaham pada tahun 2019. Ini membuktikan Takaful Malaysia adalah sebuah syarikat yang membayar dividen secara konsisten dan meningkat sepanjang 8 tahun yang lepas.

Chart

Takaful Malaysia membayar dividennya pada bulan Januari setiap tahun. Kadar dividen terkini bagi Takaful Malaysia ialah 4.22%. Jika hendak dibandingkan dengan kadar dividen pada tahun-tahun yang lepas (2015 – 2019), dividen terkininya merupakan yang tertinggi dalam tempoh 5 tahun yang lepas.

Kadar Dividen Terkini

= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%

= (RM 0.20 / RM 4.74) x 100%

= 4.22%

Kesimpulan:

Secara kesimpulan, saya mendapati:

Takaful Malaysia telah mencapai >20% dari segi peningkatan untung bersih dan Return on Equity pada masa 8 tahun tersebut. Seterusnya, pada tahun 2020, ia telah mengemukakan pelannya untuk meneruskan inisiatif digital melalui usaha penerokaan penggunaan Artificial Intelligence (AI) dalam operasi harian Takaful seperti Big Data Analytics dan Machine Learning Algorithms untuk meningkatkan keupayaanya dari segi pengurusan risiko, pemprosesan tuntutan dan penjualan Takaful bagi masa hadapan.

Jadi, wajarkah untuk kita melabur saham Takaful Malaysia?

Tepuk dada tanya selera.

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?

Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.

Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM

Share691ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

12 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

12 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

12 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In