Beberapa spekulasi menyatakan ‘market correction’ mungkin akan menghantui keadaan pasaran sepanjang bulan ini, dengan berlakunya kejatuhan yang tinggi pada index-index utama global.

Sektor teknologi mengalami kejatuhan teruk pada minggu ini yang telah menyebabkan index Nasdaq Composite jatuh hampir keparas 10,800.

Index S&P500 juga tidak terkecuali dan turun hampir keparas 3,300 sebelum ditutup diatas paras 3,400 pada Jumaat lalu. Walaubagaimanapun, sektor dalam index ini terutama dalam pengangkutan dan perhotelan nampaknya memberikan gambaran dalam fasa pemulihan setelah mengalami kejatuhan teruk pada bulan Mac yang lalu.
Sebagai contoh, syarikat penerbangan Southwest Airlines (LUV) mula menampakan berlakunya ‘lower high’, yang mana ini memberikan andaian ‘bullish’ sedang menguasai pasaran. Tetapi ianya masih perlu memecah aras rintangan (resistance) yang terletak pada harga US$45.00.
Contoh bagi sektor perhotelan pula, Hilton Worldwide Holdings (HLT) mungkin telah pulih buat seketika kerana ianya telah mampu memecah aras rintangan US$90.00. Jika harga ini mampu dikekalkan dan melonjak terus keatas ianya mampu naik sehingga para US$100.


Sektor tenaga pula masih mengalami kemerosotan dan masih dalam tekanan (pressure) walaupun dengan adanya harapan vaksin bagi Covid-19 akan ditemui dalam beberapa waktu mendatang.
Sebagai contoh Exxon Mobil (XOM) masih menunjukan harga sahamnya membuat penurunan dari US$55 ke US$39 setakat Jumaat lalu. Aksi harga ini mungkin akan terus jatuh keparas terendah yang pernah dibuatnya ke US$31.23 pada Mac lalu.

Para pelabur institusi mula mengalihkan dana-dana dalam sektor tenaga fosil kepada sektor tenaga alternatif seperti tenaga suria yang mesra alam. Ini dapat dibuktikan dengan kenaikan harga saham-saham dalam sektor ini sepeti Solar Edge Technologies (SEDG) melonjak dari paras US$142 kepada lebih US$225 dalam tempoh 4 bulan dari bulan Mei yang lalu.
Walaupun harga semasa sahamnya turut mengalami kejatuhan, saham SEDG masih dalam trend ‘bullish’ selagi ianya tidak memecah paras support pada US$175. Harga semasa pada hari Jumaat yang lalu masih ditutup +3.5% dari 50-day moving average.

Baru-baru ini sektor perlombongan emas dikejutkan dengan pelaburan besar dari Warren Buffett dalam syarikat Barrick Gold (GOLD) lebih setengah billion US Dollar. Mungkin banyak yang hairan kenapa setelah Warren Buffett membuat pelaburan tersebut harga saham GOLD masih berliggar dibawah US$30.
Ini mungkin saja pasaran sedang membuat penilaian dengan impak yang sedang berlaku dalam sektor teknologi, perkembagan wabak Covid-19, kadar pengangguran serta kadar faedah dan sebagainya. Harga saham GOLD masih mencari hala tuju seterusnya dan ini biasa berlaku pada masa selepas krisis pasaran. Secara keseluruhan, saham GOLD masih menunjukan ‘bullish trend’ selagi harga tidak memecah paras US$25.50

Sektor teknologi masih lagi dalam ‘bullish uptrend’ walaupun Nasdaq mengalami kejatuhan pada akhir minggu ini. Melihat kembali kepada carta Nadsaq Composite diatas, aksi harga (price action) mampu berada diatas 50-day moving average sebanyak +4.0%. Ini menandakan pihak bull masih menguasai pasaran berbanding bearish.
Lagipun bila diteliti, nisbah put/call volume hanya 0.72 semasa pasaran mengalami kejatuhan. Manakala pada Jumaat lalu nisbah tersebut naik keparas 0.82, menunjukan kebimbangan/ketakutan (fear) dalam pasaran tidak begitu tinggi.
Saham-saham pilihan dalam sektor teknologi seperti Apple (AAPL) dan DocuSign (DOCU) masih menunjukan aksi harga bullish. Selagi harga dalam saham Apple kekal diatas US$110 dan DocuSign diatas $200, bull masih menguasainya.
Jika paras ini ‘dicerobohi’ pada minggu-minggu mendatang, kita harus membuat tindakan defensif dalam portfolio pelaburan untuk mengawal risiko.


Mukhriz Mangsor, ACSI, CFTe, MSTA
Sumber: Quantdynamic
Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?
Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:
- Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
- Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
- Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
- 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
- 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street
Eh, banyak lagi lah.
Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.
Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?
Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.

Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!
Pra-Daftar sekarang di Pra-Daftar Masterclass Saham Wall Street




