• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Petronas Catat Prestasi Separuh Pertama Rendah, Sasar Perkukuh Daya Tahan

in Catalyst
A A
Petronas Catat Prestasi Separuh Pertama Rendah, Sasar Perkukuh Daya Tahan

Kredit Gambar: Laman Web MyMesra

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) — Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mencatatkan prestasi kewangan rendah bagi tempoh separuh pertama 2020, mencerminkan keadaan tidak menentu yang dihadapi industri minyak dan gas disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Sehubungan itu kumpulan menyasar untuk mengukuhkan daya tahan syarikat dengan strategi pertumbuhan serampang tiga mata, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz

Menurutnya, Petronas komited untuk melaksanakan semua langkah yang perlu dalam usaha pemulihannya yang melibatkan pembentukan semula gabungan portfolionya, penyusunan semula persamaan modal insan selain memberi penekanan kepada pelaksanaan berfokus. 

Beliau berkata, strategi pertumbuhan serampang tiga mata itu akan menyediakan gambaran kepada kumpulan kerana ia menjangka prestasi tahun 2020 akan terjejas teruk ekoran harga minyak yang rendah dan permintaan lemah. 

“Mengenai pembentukan gabungan portfolio kami, ia akan melibatkan pengredan tinggi portfolio bagi mengimbangi antara kemampanan dan memastikan pulangan bernilai tinggi. 

“Ini bermakna menyemak semula hasil dan keuntungan kami di operasi kami di seluruh dunia,” katanya semasa membentangkan prestasi kewangan kumpulan itu bagi separuh pertama yang berakhir 30 Jun, 2020. 

Dalam hal yang sama, Tengku Muhammad Taufik berkata Petronas akan mengembangkan bahagian tenaga boleh diperbaharui sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan serampang tiga matanya. 

Kumpulan itu juga akan menubuhkan Kru Transisi Intervensi Portfolio (PIT Crew) dengan tenaga kerja terbaik bagi melaksanakan transisi portfolionya.

“PIT Crew terdiri daripada para pemimpin kanan perniagaan dalam Petronas ketika ini untuk membantu dan mengemudinya bagi memastikan pembangunan pelan dapat dilaksanakan dengan segera. Kami tidak menyerahkan tugasan ini kepada amatur,” tegasnya.

Tengku Muhammad Taufik berkata Petronas juga menyasar untuk memelihara tunai dan mengekalkan mudah tunainya dengan usaha pengekangan kos. 

Beliau berkata pengurangan perbelanjaan modal sebanyak 21 peratus dan perbelanjaan operasi sebanyak 12 peratus adalah sejajar dengan penjimatan selanjutnya yang dijangkakan pada akhir 2020.  

Bagi suku kedua 2020, kumpulan itu mencatatkan kerugian selepas cukai sebanyak RM21 bilion berbanding keuntungan bersih RM14.7 bilion disebabkan terutamanya hasil rendah dan kerugian rosot nilai bersih tinggi bagi aset. 

Petronas merekodkan hasil rendah sebanyak RM34.04 bilion bagi suku kedua yang berakhir 30 Jun, 2020, daripada RM59.12 bilion disebabkan terutamanya impak daripada purata harga direalisasi rendah yang dicatatkan bagi produk utama berikutan kuantiti jualan rendah terutamanya bagi produk petroleum, gas dan gas asli cecair (LNG) serta gas diproses.

Bagi separuh pertama 2020, syarikat minyak nasional itu mencatatkan kerugian selepas cukai sebanyak RM16.5 bilion berbanding keuntungan bersih RM28.9 bilion susulan hasil rendah dan kerugian rosot nilai. 

Tidak termasuk kerugian rosot nilai, kumpulan itu akan merekodkan keuntungan bersih RM7.7 bilion. 

Kumpulan itu juga mencatatkan hasil sebanyak RM93.6 bilion, turun 23 peratus daripada RM121.1 bilion disebabkan purata harga direalisasi rendah bagi semua produk dan kuantiti jualan rendah terutamanya daripada LNG diproses. 

Jumlah aset berkurangan kepada RM613 bilion pada 30 Jun, 2020, berbanding RM622.4 bilion pada 31 Dis, 2019, disebabkan terutamanya kerugian rosot nilai bersih bagi aset.  

Kumpulan dapat mengekalkan paras positif aliran tunainya daripada operasi sebanyak RM26.3 bilion meskipun keputusan lemah semasa tempoh tersebut. Pelaburan modal bagi separuh pertama 2020 yang berjumlah RM14.8 bilion adalah terutamanya daripada projek huluan.

Jumlah pengeluaran LNG bagi separuh pertama 2020 turun sebanyak 7.0 peratus kepada 13.2 juta tan berbanding 14.2 juta tan pada separuh pertama 2019. 

— BERNAMA 

Share453ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

1 year ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

1 year ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

1 year ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In