fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan ditutup rendah berikutan jualan besar-besaran dalam kaunter berkaitan kewangan dan perladangan.

Public Bank, IOI Corp, Sime Darby Plantation dan KLK, masing-masing susut 10 sen, enam sen, empat sen dan 24 sen kepada RM16, RM4.40, RM5.04 dan RM22.56.

Saham ini menyumbang 2.59 mata kepada penurunan dalam indeks komposit.

Bagaimanapun, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat, menambah 0.46 mata kepada 1,515.86 daripada 1,515.40 semasa ditutup pada Khamis, selepas dagangan yang tidak menentu.

Pasaran disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah pada minit-minit akhir oleh pelabur institusi.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 657 berbanding 388, manakala 432 kaunter tidak berubah, 549 tidak diniagakan dan 37 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 7.04 bilion saham bernilai RM4.08 bilion daripada 9.4 bilion saham bernilai RM5.42 bilion semalam.

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata walaupun FBM KLCI ditutup tinggi hari ini, sentimen pasaran tempatan lemah sejajar dengan pasaran Asia lain yang rendah.

“Saham Asia dibuka rendah sebelum ini, menjejaki penurunan di Wall Street semalaman dengan jualan besar-besaran dalam saham teknologi,” katanya kepada Bernama.

Hang Seng Hong Kong susut 1.25 peratus kepada 24,695.45, Nikkei 225 Jepun merosot 1.11 peratus kepada 23,205.43 dan Indeks Straits Times Singapura turun 0.87 peratus kepada 2,509.64.

Adam berkata mengikut sektor, indeks penjagaan kesihatan tempatan kekal mencatatkan kemajuan yang perlahan dan terbesar dengan merosot lebih satu peratus.

Sementara itu, indeks berkaitan teknologi terus berada di bawah jualan besar-besaran yang berterusan, susut 1.8 peratus.

Hanya dua daripada syarikat berkaitan penjagaan kesihatan mencatatkan peningkatan semasa ditutup hari ini. Top Glove menambah satu sen kepada RM8.38 dan Hartalega naik 14 sen kepada RM14.

Daripada saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM7.21, Tenaga meningkat 12 sen kepada RM11.16, Public Bank susut 10 sen kepada RM16 dan IHH Healthcare merosot dua sen kepada RM5.26.

Dalam kalangan kaunter paling untung, Allianz-PA naik 62 sen kepada RM14.60, manakala United Malacca dan Country View, masing-masing menambah 17 sen kepada RM4.87 dan RM1.20.

Dalam kalangan saham cergas, XOX naik satu sen kepada 24 sen, K-One menambah 3.5 sen kepada 44.5 sen dan AE Multi meningkat 2.5 sen kepada 19.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 39.94 mata kepada 10,972.30, Indeks FBMT 100 merosot 37.80 mata kepada 10,770.54, dan FBM 70 berkurangan 210.37 mata kepada 14,398.18.

Indeks FBM Emas Shariah susut 49.67 mata kepada 13,009.82 dan FBM ACE jatuh 44.61 mata kepada 10,806.05.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 9.80 mata kepada 12,637.86, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.57 mata kepada 136.93 dan Indeks Perladangan turun 64.61 mata kepada 7,063.25.

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 3.78 bilion saham bernilai RM3.16 bilion daripada 5.61 bilion saham bernilai RM4.36 bilion.

Jumlah dagangan waran naik kepada 699.50 juta unit bernilai RM209.20 juta daripada 677.89 juta unit bernilai RM214.84 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE berkurangan kepada 2.56 bilion saham bernilai RM707.46 juta daripada 3.11 bilion saham bernilai RM846.11 juta.

Barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 867.81 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (1.16 bilion), pembinaan (222.75 juta), teknologi (349.56 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (37.48 juta), hartanah (272.88 juta), perladangan (140 juta), REIT (7.4 juta), dana tertutup (70,000), tenaga (460.48 juta), penjagaan kesihatan (124.59 juta), telekomunikasi dan media (57.28 juta), pengangkutan dan logistik (51.74 juta), dan utiliti (25.49 juta).

— BERNAMA

Share210ShareSend

Related Posts

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

1 day ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In