• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 30, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Aktiviti Pengambilan Untung Heret Turun Bursa Malaysia Pada Sesi Tengah Hari

in Market Update
A A
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) — Aktiviti pengambilan untung menyaksikan urus niaga di Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi ini lebih rendah.

Bagaimanapun, belian sederhana terutamanya membabitkan saham penjagaan kesihatan, kewangan dan telekomunikasi sedikit sebanyak membantu memberikan sokongan kepada indeks utama daripada terus merosot.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi berkaitan indeks, tujuh kaunter meraih keuntungan termasuk Hartalega, Top Glove, Hong Leong Bank dan Digi, sementara dua kaunter lagi tidak berubah dan yang selebihnya mencatatkan kerugian.

Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) lega 2.06 mata kepada 1,513.34 daripada 1,515.40 ketika ditutup semalam.

Indeks utama dibuka 10.78 mata lebih rendah pada 1,504.62 dan bergerak antara 1,498.72 dan 1,519.28 sepanjang sesi pagi.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung dengan margin berganda iaitu 650 berbalas 317 manakala 408 kaunter tidak berubah, 651 tidak diniagakan dan 37 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah sebanyak 4.32 bilion saham bernilai RM2.36 bilion.

Seorang penganalisis berkata kelemahan berterusan dalam indek-indeks terpilih berwajaran tinggi telah menyebabkan FBM KLCI terheret turun dalam dagangan hari ini.

Bagaimanapun, aliran menurun di bursa tempatan turut dikongsi oleh bursa serantau berikutan kejatuhan teruk Wall Street.

Komposit Nasdaq susut hampir 4.96 peratus kepada 11,458.10, Purata Perindustrian Dow Jones jatuh 2.78 peratus kepada 28,292.73 dan S&P merosot 3.51 peratus kepada 3,455.06.

Bursa serantau, Hang Seng Hong Kong berkurangan 1.83 peratus kepada 24,551.18, Japan Nikkei turun 1.37 peratus kepada  23,143.08 dan Indeks Straits Times Singapura merosot 1.42 peratus kepada 2,495.87.

“Wall Street mengalami hari paling buruk sejak Jun tahun ini yang mana para pelabur telah menjual saham-saham mereka tanpa ada sebab yang jelas mengapa mereka berbuat demikian.

“Tetapi, secara teknikalnya, ia mungkin disebabkan oleh perang dagangan antara AS dan China yang tiada kesudahan dan inilah sebabnya pelabur memilih untuk mengeluarkan pelaburan masing-masing,” kata beliau.

Sementara itu, Rakuten Trade dalam notanya berkata, “Di pasaran domestik, kami menjangkakan sentimen berhati-hati dengan belian pada waktu lemah dengan 1,500 sebagai paras sokongan untuk KLCI,” katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank kekal pada RM7.21, Tenaga susut empat sen kepada RM11, Public Bank lemah 14 sen kepada RM15.96 dan Sime Darby Plantation berkurangan lima sen kepada RM5.03.

Saham-saham paling cergas, XOX meningkat 1.5 sen kepada  24.5 sen dan AE dan K-One, masing-masing menokok empat sen kepada 21 sen dan 45 sen.

Kaunter paling rugi, Tradeplus Nyse merosot 98 sen kepada RM9.18, Supermax susut 51 sen kepada RM9.63 dan Nestle lebih rendah 40 sen kepada RM139.40.

Kaunter paling untung, Allianz Malaysia dan Hartalega, masing-masing mengukuh 62 sen kepada RM14.60 dan RM14.48 dan Country View lebih tinggi 22 sen kepada RM1.25.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 48.76 mata kepada 10,963.48, Indeks FBMT 100 lemah 46.27 mata kepada 10,762.07 dan FBM 70 jatuh 185.18 mata kepada 14,423.37.

Indeks FBM Emas Shariah kerugian 51.08 mata kepada 13,008.41 dan FBM ACE turun 4.95 mata kepada 10,845.83.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 47.75 mata kepada 12,599.91, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lega 0.80 mata kepada 136.70 dan Indeks Perladangan menyusut 49.52 mata kepada 7,078.34.

— BERNAMA

Share238ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In