fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

TNB Jangka Tarif Elektrik Lebih Rendah Tahun Depan

in Berita
A A
TNB Jangka Tarif Elektrik Lebih Rendah Tahun Depan

Kredit Gambar: Laman Web TNB

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

BANGI, 3 Sept (Bernama) — Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan dan gas semasa.

Bagaimanapun, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menegaskan keputusan itu akan bergantung kepada Suruhanjaya Tenaga (ST) yang akan membuat penilaian lebih terperinci sebelum mencadangkan perkara itu kepada Kabinet.

ST dijangka mengumumkan tarif baharu pada penghujung tahun ini bagi tempoh Januari-Jun 2021 selepas mendapat persetujuan Kabinet.

Beliau berkata, harga arang batu pada masa ini adalah sekitar RM43 satu tan berbanding RM65 satu tan tahun lepas, sekali gus memberi sedikit penjimatan.

Namun, tegas beliau, penilaian kadar tarif itu akan turut berdasarkan pergerakan dan anggaran harga arang batu dan gas bagi tempoh sehingga penghujung tahun ini.

“TNB adalah di bawah pengawasan ST dan ini berdasarkan skim kawal selia berasaskan insentif (IBR). Segala perbezaan di antara harga arang batu dan gas akan diletakkan di bawah Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE). Oleh itu terpulang kepada Kementerian (Tenaga dan Sumber Asli) serta ST (bagi memutuskannya).

“Jika kita lihat, apa yang dibuat oleh kerajaan dalam Mac sehingga hujung tahun ini adalah menggunakan sebahagian wang daripada KWIE bagi tujuan diskaun (untuk pengguna ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penganugerahan biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) 2020 di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Sementara itu, Mahdzir berkata YTN telah menerima lebih 7,700 permohonan biasiswa bagi pengajian luar negara serta di UNITEN (Universiti Tenaga Nasional) bagi tahun ini.

Menurutnya, hanya 470 orang yang merupakan pelajar lepasan SPM 2019, telah disenarai pendek dan dipanggil menghadiri temu duga.

“TNB dan YTN berhasrat dapat membentuk pelajar-pelajar ini yang tidak hanya pelajar cemerlang dalam bidang akademik, tetapi turut memperkasakan bakat kepimpinan tinggi dalam diri mereka.

“Ini bertepatan sekali dengan kriteria pemilihan penerima biasiswa YTN iaitu bukan sekadar kecemerlangan akademik, tetapi faktor kemampuan memimpin, penglibatan aktif dalam sukan serta mempamerkan sikap positif,” katanya.

— BERNAMA

Share481ShareSend

Related Posts

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 month ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

5 months ago
CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II
Berita

CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In