• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Saham Top Glove, Waran Aktif Didagangkan Di Atas Langkah Saham Bonus 2 Untuk 1

in Market Update
A A
Saham Top Glove, Waran Aktif Didagangkan Di Atas Langkah Saham Bonus 2 Untuk 1
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) — Saham-saham dan waran Top Glove Corporation Bhd, secara aktif didagangkan hari ini berikutan langkah penerbitan syer-syer bonus sehingga 5.48 bilion saham baharu, berdasarkan kepada dua saham bonus bagi satu saham sedia ada (dua untuk satu), yang berkuatkuasa hari ini. 

Pada 3 petang, saham pembuat sarung tangan getah itu disebut harga pada RM8.47, susut 22 sen, dengan 77.16 juta saham ditransaksikan.

“Kami mahu menjadikan saham kami mampu dimiliki terutamanya kepada pelabur runcit dan kami mahu mereka melabur dalam syarikat ini.

“Jika tidak, dengan mengandaikan harga saham kami adalah melebihi ribuan ringgit, jika kami tidak melaksanakan apa-apa saham bonus sejak penyenaraian, mereka tidak boleh melabur dalam saham kami. Pada tahap RM8 seperti sekarang, mereka masih boleh membeli,” kata Pengarah Eksekutif Lim Cheong Guan memberitahu Bernama. 

 Beliau berkata ini merupakan kali ketujuh, syarikat tersebut mencadangkan saham bonus dan pada asas yang normal, Top Glove mengumumkan bonus saham itu apabila harga sahamnya mencecah RM10. 

Beliau menambah ini merupakan kali pertama harga saham syarikat menerjah di atas RM25.

Sementara itu, seorang penganalisis berkata harga saham Top Glove boleh mencecah melangkaui RM8 disebabkan minat membeli.

“Saya berpendapat Top Glove mahu mengekalkan tarikan kepada pelabur runcit,” katanya. 

Syarikat berkenaan pernah menerbitkan syer bonus pada tahun kewangan 2002 (3 untuk 10), tahun kewangan 2003 (2 untuk 5), tahun kewangan 2007 (2 untuk 5), tahun kewangan 2010 (1 untuk 1), tahun kewangan 2016 (1 untuk 1), tahun kewangan 2019 (1 untuk 1) dan tahun kewangan 2020 (2 untuk 1).

Syarikat itu pada 18 Ogos, melalui kelulusan para pemegang saham yang dibuat semasa Mesyuarat Agung Luar Biasa, menetapkan 4 Sept sebagai tempoh penerbitan bonus itu, manakala penyenaraian dan sebut harga saham bonus di Bursa Malaysia akan dibuat pada 7 September depan.

Bagaimanapun, Bursa Malaysia menjelaskan atas dasar penempatan yang berlaku selepas 4 Sept dengan terbitan saham bonus Top Glove, mana-mana pemegang saham yang layak menerima terbitan saham bonus Top Glove berkemungkinan menjual saham-saham Top Glove yang timbul daripada penerbitan berkenaan bermula dari 3 Sept.

Muncul kali pertama di Bursa Malaysia pada 27 Mac 2001 dan dinaikkan ke Papan Utama pada 16 Mei 2002, modal berbayar Top Glove adalah sebanyak RM1.58 bilion dengan bilangan saham dalam edaran buat masa ini berjumlah 8.12 bilion saham.

Pada 31 Mei, jumlah ekuitinya adalah sebanyak RM .69 bilion dan permodalan pasarannya mencecah RM71.1 bilion.

— BERNAMA

Share809ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In