• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Monash IVF Selesai Ambil Alih Aset, Klinik IVF Hospital Pakar KPJ Johor

in Catalyst
A A
Monash IVF Selesai Ambil Alih Aset, Klinik IVF Hospital Pakar KPJ Johor

Kredit Gambar : KPJ Damansara IVF Fertility Centre

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

JOHOR BAHRU, 3 Sept (Bernama) — Monash IVF Group Ltd telah menyelesaikan pemilikan aset IVF dan mengambil alih kawalan pengurusan untuk Klinik IVF Hospital Pakar KPJ Johor minggu ini.

Pemilikan aset ini dijangka dapat meningkatkan akses ke perawatan kesuburan dan membantu rawatan pembiakan untuk pesakit di Johor, Singapura dan Batam, Indonesia, kata kumpulan dalam satu kenyataan.

Sebagai perintis IVF, Monash IVF Group terus menerajui dalam kesihatan pembiakan sejak mencapai kejayaan kehamilan IVF pertama dunia pada 1973.

Kumpulan itu berkata ia akan membawa rangkaian sains dan teknologi yang lengkap ke rantau ini, termasuk ujian pengimbasan embrio pertama dunia yang boleh mengurangkan keguguran dan masa untuk kehamilan yang berjaya.

Jalinan kerjasama dengan Hospital Pakar KPJ Johor ini menandakan kemasukan pertama Monash IVF Group ke rantau Asia Tenggara, di luar daripada KL Fertility di Kuala Lumpur.

Mengulas mengenai kerjasama ini, ketua pegawai eksekutif kumpulan Monash IVF Michael Knaap berkata kumpulan begitu teruja untuk membawa sains dan perkhidmatannya kepada pesakit dan rantau berdekatan.

“Dengan disokong oleh pengurusan makmal dan klinik bertaraf dunia, kami dapat menawarkan rawatan kesuburan pada kadar yang berpatutan dan membantu pesakit dalam perjalanan mereka untuk mencapai impian memiliki bayi,” kata beliau.

Knaap berkata kumpulan juga berharap dapat terus mengembangkan perkhidmatannya ke rantau ini.

Pada masa ini, Monash IVF Group mempunyai 41 Klinik IVF dan Amalan Ultrabunyi di seluruh Australia dan Malaysia.

Sementara itu, ketua pegawai eksekutif Hospital Pakar KPJ Johor Mohd Azhar Abdullah berkata: “Monash IVF Group dan Hospital Pakar KPJ Johor bersatu menerusi komitmen kami terhadap keselamatan, integriti, profesionalisme dan penambahbaikan berterusan dalam memberi rawatan kepada pesakit kami”.

— BERNAMA

Share303ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In