fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 17, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Kenaikan Pasaran Saham Beri Manfaat Inklusif Kepada Semua — Bursa Malaysia

in Berita
A A
Kenaikan Pasaran Saham Beri Manfaat Inklusif Kepada Semua — Bursa Malaysia
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) — Pasaran saham bukan hanya venue dagangan semata-mata yang hanya boleh diakses dan memberi manfaat kepada pihak tertentu yang memahami dan terlibat dengannya, tetapi ia merupakan platform yang dapat menyediakan pertumbuhan inklusif dalam pengagihan kekayaan dan memberi kelebihan kepada keseluruhan ekonomi, kata Bursa Malaysia Bhd.

Pengendali bursa itu berkata, peningkatan pasaran modal memberi manfaat kepada pelabur langsung  yang akan menyediakan peluang kepada individu untuk mempelbagaikan pendapatan mereka, terutamanya dalam persekitaran kadar faedah rendah ketika ini selepas Bank Negara Malaysia menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) ke paras terendahnya pada 1.75 peratus.

“Lebih banyak individu telah beralih kepada pasaran ekuiti untuk menambah pendapatan mereka dan mencari pulangan yang lebih baik daripada potensi keuntungan modal dan hasil dividen, mencerminkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi,” katanya kepada Bernama menerusi e-mel baru-baru ini. 

Bursa Malaysia berkata demikian sebagai reaksinya kepada tanggapan sesetengah pihak bahawa pasaran saham hanya boleh diakses dan memberi manfaat kepada individu terpilih yang memahami dan terlibat dalam pasaran ekuiti. 

Menurut Bursa Malaysia, permodalan pasaran di bursa tempatan meningkat tujuh peratus kepada RM1.70 trilion pada akhir Julai 2020, berbanding RM1.59 trilion pada akhir Februari 2020.

“Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melantun semula 31 peratus daripada paras terendahnya dalam tempoh sedekad pada 1,219 mata pada 19 Mac, 2020, dan menjadi antara pasaran yang mencatatkan prestasi terbaik dalam kalangan pasaran sedang pesat membangun di ASEAN hingga 30 Julai, 2020), dengan pasaran lain mencatatkan penurunan,” kata bursa itu. 

Individu Mandapat Manfaat Secara Tidak Langsung Menerusi Dana Pencen, Dana Bersama 

Bagi peserta pasaran tidak langsung atau individu, yang tidak melabur dalam pasaran saham, pengendali bursa itu berkata ramai rakyat Malaysia yang melabur secara tidak langsung dalam pasaran ekuiti menerusi dana pencen seperti Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta amanah saham dan dana bersama seperti  Public Mutual atau CIMB Principal Asset Management.

“Ia juga termasuk pelaburan dalam pengurus dana milik negara terbesar Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang mempunyai 14 juta pemegang unit dan Lembaga Tabung Haji yang memiliki sembilan juta pendeposit setakat ini,” kata bursa itu.

Selain itu, Bursa Malaysia berkata ramai pelabur individu bergantung kepada dividen atau keuntungan bagi pertumbuhan kekayaan menerusi syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Khazanah Nasional Bhd dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang banyak melabur dalam pasaran saham tempatan. 

“Ketika ini, GLIC menguasai 25.9 peratus daripada jumlah permodalan pasaran, mewakili RM440.4 bilion aset di bawah pengurusan (AUM) di Bursa Malaysia.

“Oleh itu, prestasi kukuh pasaran saham ada hubung kait dengan pulangan tinggi oleh GLIC yang akan memberi manfaat kepada setiap pemegang unit di seluruh Malaysia,” kata pengendali bursa itu. 

RM2.23 bilion diperoleh daripada 11 IPO dan 158 penawaran sekunder mulai Jan hingga Julai 2020 

Mengenai manfaat kepada kerajaan, Bursa Malaysia berkata aktiviti dagangan yang meningkat akan menyumbang secara positif kepada pendapatan kerajaan melalui duti setem, kutipan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bagi bayaran broker, serta cukai pendapatan korporat yang lebih tinggi daripada keuntungan syarikat yang menerima manfaat semasa pandemik COVID-19.

Bagi manfaat kepada syarikat, pengendali bursa itu berkata, prestasi meningkat yang dicatatkan baru-baru ini telah memudahkan beberapa tawaran awam permulaan (IPO) dan pengumpulan dana sekunder yang menyediakan sumber pendanaan kepada syarikat untuk mengekalkan dan mengembangkan perniagaan mereka, sekali gus memberi sokongan kepada ekonomi.

“Setakat Julai 2020, RM2.23 bilion telah dikumpul daripada 11 IPO dan 158 penawaran sekunder. 

“Dalam tempoh tujuh bulan pertama 11 IPO telah mengumpul jumlah dana sebanyak RM292.0 juta manakala 158 terbitan sekunder dengan jumlah dana sebanyak RM1.94 bilion.

 “Sementara itu,10 daripada 11 IPO menyaksikan kadar pertumbuhan tiga angka setakat Julai  2020,” kata bursa itu.

Peningkatan Pasaran Saham Berpotensi Tarik Kembali Dana Asing

Selain manfaat berkenaan, Bursa Malaysia berkata semua pelabur, penerbit dan peserta pasaran dalam pasaran modal yang mempunyai kuasa belanja lebih tinggi, akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi menerusi kuasa perbelanjaan lebih tinggi dan meningkatkan penggunaan domestik.

“Prestasi bulis pasaran modal ketika ini telah membantu meningkatkan pemodalan pasaran, khususnya bagi beberapa syarikat besar.

“Ini berpotensi meningkatkan keseluruhan wajaran (saham) Malaysia dalam pengimbangan semula  Indeks Pasaran Sedang Membangun MSCI, yang seterusnya akan membawa balik lebih banyak dana asing yang memantau rapat indeks utama ini,” tambahnya.

Indeks Pasaran Sedang Membangun MSCI memiliki wakil permodalan besar dan sederhana daripada 26 negara pasaran sedang membangun dan ia disemak semula pada setiap suku tahunan iaitu pada Februari, Mei, Ogos dan November untuk mencerminkan perubahan dalam pasaran ekuiti pendasar pada masa yang sesuai, di samping mengehadkan perolehan indeks yang tidak wajar.

Semasa kajian semula indeks setengah tahunan pada Mei dan November, indeks itu diimbangi semula dan mata pemotongan permodalan besar dan sederhana dikira semula. 

Menurut laporan terkini aliran dana mingguan oleh MIDF Amanah Investment Bank Bhd Research, pelabur asing telah menjual sebanyak RM20.53 bilion bersih di Bursa Malaysia setakat 28 Ogos 2020.

— BERNAMA

Share225ShareSend

Related Posts

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 month ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

5 months ago
CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II
Berita

CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In