• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Lebih Rendah Kerana Aktiviti Pengambilan Untung

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) — Urus niaga di Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi ini lebih rendah, diheret turun oleh aktiviti pengambilan untung membabitkan terutamanya kaunter permodalan kecil dan sederhana, kewangan dan penjagaan kesihatan.

Ini berikutan keuntungan diraih semasa penutupan semalam dengan indeks melonjak 16.1 mata atau 1.06 peratus kepada 1,537.5.

Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 13.37 mata atau 0.87 peratus kepada 1,524.17 daripada 1,537.54 ketika ditutup semalam.

Indeks utama dibuka 3.1 mata lebih tinggi kepada 1,540.64 dan bergerak antara 1,521.73 dan 1,544.18 sepanjang sesi urus niaga pagi.

Di papan skor, pergerakan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung dengan 651 berbalas 385 manakala 402 kaunter tidak berubah, 588 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 5.09 bilion saham bernilai RM2.85 bilion.

Sementara itu di pasaran serantau, indeks Hang Seng Hong Kong susut 0.31 peratus kepada 25,042.65, Indeks Komposit Jakarta jatuh 0.67 peratus kepada 5,276.54 dan indeks Straits Times Singapura merosot 0.62 peratus kepada 5,276.54.

Bagaimanapun, seorang penganalisis berkata untuk keseluruhan minggu, indeks petunjuk utama masih menunjukkan peningkatan di celah-celah jangkaan pemulihan kukuh di pasaran seberang laut.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank susut dua sen kepada RM7.23, Tenaga merosot 22 sen kepada RM11.02, Public Bank jatuh lapan sen kepada RM16.06 sementara Top Glove mengukuh 13 sen kepada RM8.82.

Kaunter paling cergas, Pegasus Heights susut setengah sen kepada 3.5 sen, Permaju Industries meningkat 6.5 sen kepada 42 sen dan IRIS Corp menokok 1.5 sen kepada 39 sen.

Kaunter paling rugi, Nestle merosot RM1.60 kepada RM140.20, Hartalega lemah ted 86 sen to RM14.50 and Dutch Lady lost 46 sen to RM39.04.

Untuk kaunter paling untung pula, Lysaght Galvanized Steel menokok 42 sen kepada RM2.36, Vitrox Corp menambah 38 sen kepada RM12.88 dan Malaysian Pacific Industries meningkat 32 sen kepada RM18.82.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 89.27 mata kepada 11,085.09, Indeks FBMT 100 turun 88.85 mata kepada 10,877.65 dan Indeks FBM 70 berkurangan 95.02 mata kepada 14,728.44.

Indeks FBM Emas Shariah kerugian 115.31 mata kepada 13,181.99 dan FBM ACE jatuh 43.14 mata kepada 11,221.91.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 56.80 mata kepada 12,638.72, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lega 0.64 mata kepada 138.50 dan Indeks Perladangan turun 55.67 mata kepada 7,111.11.

— BERNAMA

Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In